29 Apr 2013

Abdullah Saamah Yang Berfatwa Haramkan Undi PAS Kini Jatuh Sakit?


Abdullah Saamah pengasas Pondok Geting Tumpat, dikhabarkan kini diserangi penyakit strok sehingga mulutnya menjadi kaku.

Beberapa bulan yang lalu, Abdullah pernah mengeluarkan fatwa sendiri "Haram Undi PAS" dengan alasan yang dangkal dan emosional. "Fatwa"nya itu telah digembar-gemburkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan dipromosikan pula oleh parti UMNO yang kini sedang nazak melalui billboard-billboard sepanjang tempoh kempen PRU13 ini.

Pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya semua pihak jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. (sila rujuk berita dibawah).

Berikut ialah maklumat dari laman sosial fb:

Harap sahabat berdoa kepada Tuan Guru Abdullah Saamah pondok geting, kerana dia telah mengalami strok dan mulutnye menjadi kaku tidak boleh bercakap.

Segala tomahan beliau kepada individu yg bergelar ulamak serta memperjuangkan agama jangan kita pandang remah kerana Allah MAHA berkuasa! Harap beliau Tok Guru ABDULLAH Saamah sedar apa yang beliau telah lakukan dan tomahkan!

Sumber daripada cucu tok guru Pondok Berangan Tumpat.



Polis: Jangan sewenang-wenang keluar fatwa mengelirukan


KOTA BHARU - Semua pihak dinasihat agar jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jika ada pihak yang tidak mempedulikan nasihat itu, polis mempunyai cara untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang melampau itu.

"Ini kerana fatwa berkenaan akan dibincangkan di kedai-kedai kopi dan akan menyebabkan perbalahan yang diikuti dengan pergaduhan antara masyarakat bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di tempat lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menghadapi PRU13 ini, di sini hari ini.

Khalid turut menasihatkan calon yang bertanding dan penyokong mereka supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa khususnya sepanjang 15 hari tempoh berkempen.

"Kami akan beri kerjasama kepada pihak yang memohon permit untuk mengadakan kempen yang teratur, kami tidak mahu berlaku pertindihan kawasan ceramah yang boleh menimbulkan perbalahan pihak-pihak yang bertanding," katanya.

Beliau berkata 2,000 anggota polis ditambah di negeri ini dan polis mengesan 80 kawasan panas di 32 daripada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan.

Sejak pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas, polis Kelantan menerima 39 laporan polis berkaitan pilihan raya termasuk merosakan bendera parti, bertengkar, mengugut dan mencederakan dengan senjata tajam, katanya.

Mengenai siasatan polis terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Khalid berkata polis menjalankan siasatan berkaitan kesalahan pengedaran dan memiliki video lucah.

"Tindakan boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang memiliki video lucah sama ada ia disimpan dalam telefon bimbit atau facebook, jika polis dapat mengesan, kami akan ambil tindakan," katanya sambil meminta sesiapa yang memiliki video lucah supaya segera menyerahkannya kepada polis.
- Bernama

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah.....

ALlah SWT bagi balasan di dunia lagi , mohon taubat selagi nyawa di kandung badan.

Tanpa Nama berkata...

ulama 2 juta

suprie08 berkata...

2 juta sudah tidak bermakna lagi...

Tanpa Nama berkata...

tgu media longkang akan siar ke x berita ni...dulu mcm runtuh gunung punya sanjung ulamak ni..balasan Allah pd manusia2 yg bongkak dan bodo...Ini Kali Lah

Tanpa Nama berkata...

usah diterima betul perkara ini sebelum mendapatkan kesahihanya. usah terburu buru melemparkan komen negatif. takut kalau kalau RM2 juta akan bertambah nilai bila disaman fitnah jika berita yang diutarakan tidak benar.

Tanpa Nama berkata...

tiada langsung simpati buat `ulama` samaph ni...padan muka dia,rasakan sedikit sahaja Allah bagi pengajaran buat dirinya sekarang...tunggu la kat akhirat nanti,

Tanpa Nama berkata...

ORANG NAK BUAT BAIK DIA PERGI SANGGAH, FATWA YG BUKAN2, PAS BEGITU BERLEMBUT DAN BERUSAHA BERDAKWAH KPD SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAN SENTIASA MENGHARMONIKAN SUASANA. DAN PAS ADALAH SEBUAH PARTI YG DI DAFTARKAN. BUKAN SEMBERONO, BARU DAPAT 2K DAH LAWAN ISLAM... INI SEMUA NYA HABUAN DUNIA, KERJA ALLAH SIAPA TAHU...BERTAUBAT LAH WAHAI ULAMAK UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Betul juga pendapat anon 1.48 tu.

Tanpa Nama berkata...

ITU BUKAN TOK GURU...TAPI...TOK RAGU

Tanpa Nama berkata...

kifarah utk dia. mudah2an sempat taubat!

Tanpa Nama berkata...

Kena Strok sbb terkejut sbb tak dicalunkan utk pRU-13 oleh Najib

Tanpa Nama berkata...

Salam GB ...pastikan betul betul perkara ini ..setahu saya YB zaki melalui blok yg lain berita ini PALSU ...harap pastikan dgn ÿB zaki calon pas kelaboran ..wassalam wallahuadlam ...

Tanpa Nama berkata...

Tuhan sentiasa memerhati setiap tingkahlaku kita. Jangan buat fatwa yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Unknown berkata...

anon 6:21

Jika berita tersebut palsu, GB sudah menyatakab dengan perkataan bold iaitu "dikhabar". Ia boleh jadi benar, boleh jadi palsu.

Tetapi apa yang perlu difokuskan ialah isu mengeluarkan fatwa "haram undi PAS" yang pihak polis sendiri telah mengarahkan semua pihak tidak mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya yang boleh menghuru-harakan masyarakat, tanpa mengira Abdullah Saamah itu jatuh sakit atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dia mati nanti cek RM2 juta yang besar tu boleh la buat penyendal liang lahad dia. Mungkin terkejut kot cek RM2 juta tu cek tendang.

Tanpa Nama berkata...

Duit tu khabarnya tak masuk lg dlm akaun samah ni...dah 2 bulan khabarnya berulang alik ke bank check duit.. Kesian

Tanpa Nama berkata...

Brita tidak tepat, kluarga nya bru di hubungi,.masih sihat sprti biasa...kita pkt2 nesihat kpd nya..CUKUP LAH JDI BARUA UMNO BEE N...YA ALLAH MENANG KAN LAH PR..undi lah PAS PKR DAP di pti undi tuan/puan 5mei.

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah hancurkan UMNO diganti pemerintah beriman kerana menzalimi umat islam

Tanpa Nama berkata...

Pergi jumpabTGNA, taubat Nasuha, siar dalam Utusan, Berita dan TV3, minta maaf pada semua penyokong PAS

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa yang boleh sahkan berita ni??

(innalillahiwainnailaihirojiun) dari Allah kita datang kepada DIA,kita kembali. bukan setakat mendengar perkhabaran kematian semata,bahkan apabila ditimpa musibah pun lafaz ini sangat baik untuk diucapkan.memang semua yang berlaku itu adalah daripada DIA.

Tanpa Nama berkata...

Buat permohonan maaf secara terbuka. Macam mana dia boleh keluarkan kenyataan melalui media macam itulah juga dia perlu gunakan media mohon maaf kepada semua

Tanpa Nama berkata...

wahai pengumpat2 sekelian. Jagalah jari jemari anda semua drpd terus menyebarkan fitnah. Ditakuti dosa2 sepanjang 2 minggu ni lbh berat timbangannya drpd pahala yg tuan2 buat selama berpuluh tahun dulu.

cucu tok gempau berkata...

doa kan dia jgn mati dulu,lepas menang nanti ...boleh pas dakwa dia atas fatwa2 gila yg dia buat

non baling berkata...

Salam semua, orang tua tu dok elok-elok saja yang hampa dok kalut pasai apa. GB pun tak berani mengesahkannya !