24 Mac 2013

[VIDEO] 31 Ahli Dan Aktivis Umno Besut Sertai Pas


Besut - Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat. -BO


2 ulasan:

RAKYAT DIZALIMI berkata...

sesungguhnya um NO sudah lama mampus
sejak mahkamah mengharamkan tahun80an
keris 2pun hanya tinggal satu.hanya yg berKARAT saja mngaku um NO TETAP wujud.mereka terus diperbodohlembukan
bahawa um NOskrglah yg merdeka negara
dari BRITISH.Hingga BODOH DAN DITIPU
menyambut ulangtahun 66tahun pula.dan
hari ini pula muhyidin nyatakn tgganu
amat penting utk terus memBAHAM harta
rkyat.BALASAN ALLAH jua bila rampas ryalti myak TERENGGANU DARUL RUNTUH

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat memang punya peluang baik untuk tawan semula Trengganu.Tapi ada syarat - Syarat utama,jangan lagi kemukakan calun-calun "kuda tua" yang sepatutnya sudah dibersarakan.