24 Mac 2013

Golongan "Syaitan Dikenali" Cuba Kepung Bas Jelajah Merdeka Rakyat


Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.

Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.

Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.

Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau PDRM, SPRM, SPR, ROS, JPN, Media2 melaksanakan dgn baik mengikutkan tugas yg adil dan berani barulah Malaysia jd negara maju dan berharmoni..kaum2 yg berlainan adalah kelebihan kpd kita sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!

Moga2 Pakatan Rakyat dapat memenangi PRU13 dan menghumban Bangkai Negara ke petak pembangkang.

Negara kita amat menghendaki perubahan positif yang mampu di lakukan oleh PR.

Cukuplah Rasuah dan kronisma setiap hari....

Tanpa Nama berkata...

kalau semua ikut etika... rasanya cukup DSAI berceramah kat TV sahaja, tak perlu menjelajah dengan bersusah payah... tapi itu semua mimpi... ABU jangan lupa.