Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil perlu menilai sikap samseng penyokong Umno BN terlebih dahulu sebelum menuduh Pakatan Rakyat akan membuat huru-hara pada Pilihan Raya Umum nanti.
Sambil menyifatkan tuduhan itu melampau dan tidak berasas, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mendesak Shahrizat menunjukkan bukti keganasan dilakukan penyokong Pakatan.
“Kenyataan Sharizat itu memang berniat jahat dan cuba menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengundi terhadap PR.
“Tetapi kita yakin, pengundi tidak mudah mempercayai tuduhan dangkal berkenaan. Apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjukkan budaya samseng dan huru hara dibawa oleh Umno BN sendiri,”
Aishah menambah, tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita merupakan golongan yang kerap kali menimbulkan huru hara dalam program anjuran PR.
“Tiga sayap Umno ini sangat agresif membawa budaya politik samseng dan fitnah dalam usaha melawan pendedahan PR mengenai kebobrokan pemimpin Umno BN.
“Selain membuat huru hara, aset PR seperti bendera dan bilik gerakan PR juga turut dirosakkan.
“Jangan lupa, ibu pejabat KEADILAN dan bas Jelajah Merdeka Rakyat sudah berulang kali diserang oleh para pengikut Umno BN yang biadap terhadap seteru politik
“Tetapi sehingga hari ini masih tiada tindakan polis diambil terhadap samseng ini,” katanya yang menjelaskan semua serangan ini membuktikan agenda huru hara ditaja parti itu.
Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan usaha Sharizat menubuhkan pasukan khas kerana seolah-olah menafikan kerja polis.
“Apa gunanya polis dikerahkan mengawasi kempen pilihanraya dan bilik pengundian kalau wujud pula pasukan khas wanita Umno?
“Ini sekaligus mencerminkan kejahilan Umno BN untuk menghormati tugas anggota keselamatan yang saban hari diharapkan menjaga kepentingan mereka.
“Apatah lagi, jika benar Sharizat mempunyai maklumat huru hara ini, beliau sepatutnya melaporkan perkara ini kepada polis dan bukannya bertindak melampaui bidang kuasanya,” ujarnya.
14 ulasan:
Cakap Sharizat tak boleh dipakai langsung kerana tiada bukti.
Tak payah ada inteligent polis atau tentera. inteligent umno lagi cekap memfitnah. Tengah ada kuasa, jadi tengah mabok kuasa lee.. Orang mabok mana ada ingat apa dia buat.HARAMJADAH....
Ini cerita serigala berbulu ayam. Penyamun dok teriak orang lain menyamun.
Pemangsa dok minta tolong untuk membunuh mangsa.
.......
DASAR MUNAFIKUN. TENGOK LIDAH DIA, BUKAN BERCABANG DUA TAPI SUDAH JADI TIGA.
Jaga lembu bolehlah
pirahhhh lu mabukkk lembu sekandang pun lu tak boleh jaga... nak jaga pembangkang..... kami tak payah di ajar sbb kami pembangkang tak pernah di ajar utk merusuh atau bersikap kurang ajar... ABU
Cakap2 lembu...ni pun msti dgr lembu dlm kondo yg bgtau...
biarla polis melakukan kerja-kerjanya.... nanti gaduh susah.kita nak org mengundi secara aman dan dengan rela hati. lagi buat mcm ni makin la byk cerita
Shahrizat pun samseng lembu NFC bagaimana nak atasi masaalah samseng
Selama ini samseng-samseng dari UMNO yang menimbulkan huru-hara dan bertindak ganas apabila PR mengadakan ceramah.
Ini bagaikan ibubapa yang gagal mendisiplinkan anak sendiri tetapi mahu pula mendisiplinkan anak orang lain. Tak rasa malu kah ? Hanya pemimpin UMNO saja yang boleh mengeluarkan syor-syor yang bangang seperti ini.
Kali ini habislah
kamu, Shahrizat.
Apabila Kerajaan tukar
dari BN ke PR,
kalau duit rakyat
RM250 juta tidak
juga dipulanghkan,
duduklah kamu
& keluarhga kamu
di kondo Kemunting
atau pun Sungai Buloh.
Kah... kah... kah...
Jangan layan la dia ni,,sibuk sgt pasal huru hara,,sibuk-sibuk kan dulu macam mne nak bayar duit rakyat 250juta tu,,
A.B.U
PKR
Dulu, kini dan selamanya,,
Masya Allah....
Tak nak komen banyak banyak.
Tengok gambar muka Shahrizat sudah cukup...
Seksa ALLAH SWT di dunya saja dah teruk, tengok aje gambar muka Shahrizat.
Mengaku salah saja ler, mohon ampun pada ALLAH SWT dan rakyat Malaysia sebelum goal....
Pasukan anti huru - hara? Lawak apa ini wanita lembu buat? Just terus terang sahaja you tubuh pasukan huru - hara sebab parti kau tu nak ajar rakyat jadi pengganas. bukan betambah aman tapi bertambah huru - hara kalau pasukan ini ditubuhkan nanti. Jadi MRS Lembu please jangan berlawak sebab kita dah kenal lu yang sebenarnya.
Sharizat akan bawa kesan negatif kepada kempen UMNO. Beliau akan di persendekan dengan isyu NFC. Kalau UMNO bijak, UMNO akan sekat beliau dan suruh beliau duduk diam saja.Beranikah UMNO berbuat demikian?
Catat Ulasan