31 Mac 2013

Memang Dasar UMNO & Pencacainya Tak Hormat Undang-undang & Mahkamah


SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.

Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur 19 Mac lalu.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.

Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut.

“Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian.

“Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah,”
katanya di dalam satu kenyataan.

Pada 19 Mac, Ahmad Said memohon maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Abdul Khalid dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.

Pada 2009, Ahmad Said mendakwa bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma sejumlah RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.

Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.

Tegas Abdul khalid, sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina beliau secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.

“Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.

“Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini,” katanya lagi.

Ulasan GB

Mereka penjaga dan pelaksana undang-undang. Tetapi apabila terkena batang hidung mereka sendiri, mereka enggan untuk menerima dan mematuhinya.

Itu sudah menjadi tabiat dan pe'el golongan UMNO dan para pencacainya.

Lihat saja kes Ketua Pemuda UMNO yang bernama Khairy Jamaluddin di dalam pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau.

Pada awalnya Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, ‘boneka’ Amerika dan Yahudi.

Tetapi kerana takut malu dan dituduh bacul oleh kumpulannya, beliau memutar dan membelitkan lidahnya dengan menyatakan ‘beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat’.

Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pula yang memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

kasihan sungguh golongan ini kerana mereka tidak tahu KEBENARAN itu tidak boleh disembunyikan.

Apabila kerajaan dan orang-orangnya sudah tidak lagi menghormati keputusan mahkamah, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Tuhan sendiri yang akan menghukum mereka. Itu keyakinan orang yang beriman kepadaNya!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT
PRU 13 : BN VS RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

dia sendiri yg draf undang2/perjanjian walaupun sememangnya uundang2/perjanjian tu banyak menyebelahi dia...namun dia juga yg ingkar perjanjian tu,itulah perangai yahudi apco laknatullah,sama jer

Tanpa Nama berkata...

Mereka menganggap
negara Malaysia ini
emakbapak mereka punya.
Biarkan... biarkan... si Luncai...
terjun dengan labu-labunya.
Ini kalilah... tukar.
Apabila Kerajaan tukar...
bagi satu sampan
dan satu pengayuh
pada Ghani Paktahil
suruh dia pulang
ke Sabah mengharungi
Laut China Selatan.
Baru padan muka dia...

Tanpa Nama berkata...

ini lah manusia bila di beri amanah dia munkir, bila di beri kuasa dia menyalahgunakan kuasa, INGAT RAKYAT IALAH HAKIM YG PADA BILA2 MASA BOLEH MEMBERIKAN HUKUMAN. Dan Ingat seksaan ALLAH AMAT PEDIH, iNSAF LAH WAHAI MANUSIA. Dunia hanya Pinjaman sahaja. Akhirat lah yg sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah, kita tumbangkan BN PRU13, Semoga allah hancurkan UMNO, Diganti pemerintah beriman yang menjaga rakyat dan agama

Tanpa Nama berkata...

Mengadulah semula kepada mahkamah untuk ajar mereka supaya menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal.

Dengan kata-kata lain dia yang buat undang-undang, dia sendiri pula yang tak patuh undang-undang tersebut.

Macam mana rakyat sendiri dan luar negara nak percaya kepada pelaksanaan undang-undang di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dia orang semuanya ni sebagai pemeganag amanah yang melakulan rasuah, bohong, fitnah, penyelewengan dan kesalahan kepada semua rakyat tidak takut pada Allah. Dia orang ingat dia orang tidak akan mati. Nama je islam tapi perangai syaitan. Esok bila dah nak sakratul maut baru tau. Kalau tak minta maaf pada semua rakyat jangan harap Allah nak lepaskan seksa. Jgn nak masuk syurga seksa kubur pun x lepas. Insaf lah sebelum terlambat Taubat Nasuha cepat!!!

Tanpa Nama berkata...

Allah dah sebut ttg perangai org2 ni dlm quran. Kita dapat saksika sekarang. Panjang umur kita nanti, macam2 lagi perangai yg Allah sebut, dapat kita saksikan .
Ya Allah, hindarkan kami dari perangai2 hina. Amin

Tanpa Nama berkata...

Muka UMNO dan pencacai UMNO memang tak tahu malu, jadi penyamun wang rakyat pun TV3 dan Utusan sanjung