8 Mac 2013

[PANAS] Bapa Saiful Bukhari Akui Kes Liwat Kedua Sebuah Konspirasi


Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”
tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut. -TMI


Liwat II konspirasi untuk jatuhkan Anwar – Bapa Saiful Bukhari



Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.

“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya.

Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.


“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,
kata Azlan.

Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.

Kenyataan yang dibacakan Azlan pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini.

“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.

“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.

“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.

“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari.

Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. – NS/KD



Ulasan GB

Bukankah GB kata selalu, kebenaran akan tetap terbongkar juga. Habislah Najib, UMNO dan sekalian macainya

UMNO akan tetap binasa jua akhirnya.

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana Saiful? Kenapa dia tiada masa ayah dia berucap dengan wartawan Keadilan????? Jeng???? Jeng????

Andre Irwan berkata...

Konspirasi atau tidak? Saiful tu patut disebat kerana menuduh muslim yang baik.
Percaya? Ini soal kedua. Mungkin puak BN-UMNO tidak bayar upah seperti yang dijanji kot, sebab tu dia patah balik tuduh.
Depa ni ingat bersumpah tu perkara main-main kot. Dah rasa bahananya?
Aku dari awal lagi tak percaya. Kenapa puak BN-UMNO tak cerdik? Apa yang depa buat (tuduh) selama ni telah menjadikan DSAI tu seperti "SUPER HUMAN". Ini yang dikatakan cerdik tak boleh dpakai, bodoh tak boleh diajar.
Aku nak tengok bila Saiful nak memohon maaf secara terbuka dengan DSAI???????? Jangan-jangan sandiwara lagi.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya laporan polis perlu dibuat terhadap fitnah yang dilakukan oleh Annas dan Zamri. Sama ada ke mahkamah atau untuk tujuan saman minta ganti rugi.291

Tanpa Nama berkata...

pandai pulak hang mengaku tu adalah konspirasi, mungkin sebab hakim dah jatuh hukum anwar tak bersalah, cuba DSAI didapati sebaliknya, mungkin hang lalok dgn duit upah berjuta.

ni mungkin sebab hamahkamah dah jatuh hukum tak bersalah, duit upah pun tak terima atau dpt ciput, hang ubah kenyataan. manusia tak ada prinsip hidup bertuan duit, demi duit segalanya sanggup buat, manusia tak leh pakai.

aku doa hang dan keluarga hang akan dpt hukuman Allah dgn setimpal di dunia lagi biar jatuh kehinaan, ingat senang dgn buat kenyataan media mintak maaf, dosa penaya org akan terhapus begitu saja, masa nak buat jahat tak ingat akan akibat pd org lain.

Unknown berkata...

Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang kena liwat bapa dia ke saiful...saiful harus berani kerana benar...kalau betul anwar kena aniaya mmg aku sokong pakatan lepas nie

Amir berkata...

Kepada Sdr Zack T....
Baca statement Hishamudin KDN dalam akhbar 19 februari...Hisham kata jangan terpedaya dengan khabar angin tentang pencerobohan di Lahad Datu....last-last jadi betul...semua ni berlaku sebab kerajaan sekarang terlalu lemah dan lambat bertindak..nak tunggu orang mati baru nak bertindak..siap boleh cakap ia satu khabar angin...lepas tu salahkan Anwar....Bapak saiful keluar buat statement parlimen belum bubar lagi, Saiful bersumpah dekat-dekat dengan PRK Permatang Pauh...kirim salam pada PM kesayangan sdr ya...

Tanpa Nama berkata...

Bersangka baik Bro... kalau dah dikatakan konspirasi maka konspirasilah.... kalau bab nak bagi habuan dah pasti najib yang lebih kerana dia pemerintah. Dia banyak wang, dia ada segalnya. Dia ada kuasa ...kalu anwar apa dia boleh buat , hanya yang dia mampu ialah menyuarakan kepada rakyat dengan suara-suaranya melalui media atau melalui ceramah itu saja yang dia boleh lakukan ....maka cuba fikir secara berakala. kuasa ditangan pemerintah.....dia banyak wang kalau nak dibanding dengan Anwar seperti bumi dengan langit jaraknya. Dan cuba fikir bagaimana mungkin Anwar boleh melakukan ini semua, sedangkan dia tak punya apa-apa untuk diberikan kepada rakyat...wang taada, cuma dengan meletakkan seribu harapan kepada rakyat aagar menyakini dan mempercayaia setiap luahannya itu saja yang dia boleh lakukan...agasr rakyat dapt menerima atau memahami apa yang ada dalam hatinya... ... bukan macam najib BRO...setiap detik setiap saat boleh mengeluarkan apa saja kata-kata melalui media masa.TV sudah pasti .

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..skrg puak UMNO Bongok ni.plak nafikan apa bapa saiful ni cakap...it's UMNO turn plak...jawab la mempertahankan Najib Altantuya...puak rempit UMNO wat kecoh kat Bukit Katil da kene hambat plak ngn FRU mcm mana pakatan kene dulu...KINI TIBA MASA UMNO PLAK RASA...POLIS PUN DA FEDUP NGN UMNO & BN. MCA&MIC BIARKAN UMNO BERJUANG SEORANG HIGH PROFIL KES....KLU PRASAN MIC WAT DIAM JE..PPP PUN DIAM...GERAKAN PUN DIAM...PETANDA MEREKA MEMERHATI UMNO GILE KUASA....

Tanpa Nama berkata...

DSAI sila saman prof ni.Muka nampak mcm kaki penipu. Suka menyusahkan org. Hati busuk.Ghani Patail jadi hakim/peguam yg batil, balasan api neraka. Cari ayat dlm quran tentang hakim yg tidak adil,disebabkan wang /dunia. Hakim Zabidin Mohd Diah dah buat keputusan yg benar dan jujur, tapi Ghani Patail masih tak puas hati, nak buat rayuan.Duit yg dia dapat dari Madey Kuty dah konco2nya dah selesai kot. Buatt lagi drama, dapat fulus.

Tanpa Nama berkata...

Hehe.. Ada gak makhluk pelik bedarah biru yg lepas masuk sini. Tp xpe sbb dia kata org lain dibayar biasanya pekara tu tbalik.

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang fasiq tuduh orang beriman siasat dengan teliti, bimbang ada yang dizalimi...

Tanpa Nama berkata...

Macam penagih dadah tuduh bilal masjid curi wang surau, kalau tak adil, orang yang benar dizalimi

Tanpa Nama berkata...

Zack T...hang cerita apa?? Modal hang tak berapa kena...tak kritis...Anwar dah saman TV3 dan Utusan kerana hal Lahad Datu...Najib bila lagi nak saman Bala? dll...takut terbongkar ke...buat lah drama tut tut tut

Tanpa Nama berkata...

Kita sama-sama berdoa allah tunjukkan kebenaran dan hancurkan penzalim...nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Pencacai nak kelentong apa lagi..bapak SHITFOOL kena beli dengan DSAI ke? Kuasa membeli orang nie ada pada DSAI ke umNGOK? Kalau DSAI bayar RM1J umNGOK boleh bayar berpuluh-puluh juta...duit kak jat RM 250J Pun masih banyak baki tu blom panggil kroni lain..Mungkin En. Azlan nie baru perasan kot RUMAH KATA PERGI KUBUR KATA MARI...

Tanpa Nama berkata...

Dengan pengakuan ini,Gani Patail wajar letak jawatan sebab beria-ia bawa kes "konspirasi" kemahkamah.Berapa banyak masa mahkamah sudah terbuang,berapa banyak tenaga mahkamah sudah terbuang dan berapa banyak wang rakyat sudah dibazirkan untuk bayar saksi.Dia bukan sahaja wajar letak jawatan malah boleh didadwa kerana salah guna kuasa.

belalang berkata...

kesian..kesian zack..kat sekor umno meroyan sini..jd sasau..kami dr awal xpercaya cerita saifool nak memfitnahkan DSAI mempercayai ada konspirasi dr umno.. padan muka zack dan kwn2 umno spt kau..terpalit dgn tahi lembu ijat.. zack bagi tau kwn2 umno kau..xperlu nak buat apa2 fitnah atau sandiwara lg..kami bersama keluarga dah pasti utk PR..babai umno/bn

Unknown berkata...

zack t oi,,ngaku jela yg ko da mule sokong kami,,tak payah nak malu-malu,,

Tanpa Nama berkata...

kita akan saksikan kebenaran, berbondong2 org akan mula sokong PR, parti syaitan yg dikenali akan mula dicemuh, ayuh! ayuh! ayuh! kita mula kebangkitan yg sebenar!!!!!!!! mana2 yg belum dapat hidayat tu sama2lah kita berdoa moga diorg insaf.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 ni mmg dah jelas Allah turunkan bala kat diorang. Balanya ialah hati dah hitam dipalit tahi lembu NFC sb tu x boleh nampak lg apa yang benar. Akal pun dah ditarik Allah. Bila manusia dah x de akal, tiada bezanya dgn lembu. Tp lembu masih ada lg manfaat dimana dagingnya boleh dimakan dan susu boleh diminum tp manusia ini langsung tiada guna. Lebih baik mampus je lah

Tanpa Nama berkata...

Retards...retards comment everywhere..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..sekurang2nya ayah saiful sedar dan sempat minta maaf pada Anwar..pada yang gelap mata..gelap hati..yang masih tak nampak KEBENARAN DEPAN MATA..moga ALLAH TERANG SETERANGNYA KEBENARAN ITU..insya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Zack t
ko jangan suka suka cakap lahad datucephilis ok..aku ni orang lahad datu...mana sensitiviti ko ah bole lagi ko bagi gelaran mcm tu ko tau kami kena musibah mcm ni..ya allah aku tidak kira siapa orang yg brselindung di sebalik nama zack t ni tapi orang ni telah sakitkan hati aku..aku tidak akan halalkan dunia akhirat..ko balas lah perbuatan orang ini..amin

Tanpa Nama berkata...

Umno akan buat kenyataan bapa Shitfool ini dibayar Anwar. Anwar dalangnya . Semua salah Anwar. Percayalah tunggu dan lihat

Andre Irwan berkata...

Kini, dewasa ni dan sekarang, kalau ada apa-apa saja berlaku di Malaysia ni, SEMUANYA SALAH ANWAR.
Apa nak jadi dengan orang Malaysia la ni, terutamanya orang Melayu? Rupa-rupanya di kalangan orang Melayu la ni sudah muncul seorang insan yang begitu "berkuasa", yang mampu mengubah takdir orang lain,... walaupun belum menjadi PM Malaysia. Hidup Anwar. Hidup Anwar. Hidup Anwar. Jahanam BN. Jahanam BN. Jahanam BN.