Arahan HKL Ketinggalan Zaman - Dr.Lee Boon Chye

Arahan supaya semua anggota Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang pada kenderaan masing-masing disifatkan tidak bijak dan ketinggalan zaman.

Ini kerana kakitangan berhak memilih mana-mana parti politik untuk disokong tanpa perlu disekat selaras dengan sistem demokrasi yang selama ini diamalkan, ujar Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

“(Arahan) ini menceroboh hak kakitangan untuk memilih. Logo merupakan satu tanda menyokong mana-mana parti.

“Kalau begitu, logo 1Malaysia, lambang ‘Janji Ditepati’ juga tidak boleh ditampal,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Sebelum ini, HKL mengesahkah semua anggota HKL tidak dibenarkan meketakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.

Arahan ini berkuat kuasa serta merta melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mac 2013 dan tersebar luas di laman sosial Facebook.

Perkara ini disahkan Pembantu Peribadi Pejabat Timbalan Pengarah HKL, Nur Hazlin Mohd Yunus ketika dihubungi Tv Selangor.

Surat yang ditandatangani Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain menyatakan semua ketua jabatan, ketua bahagian dan ketua unit diminta untuk menasihat anggota di bawah jabatan atau seliaan masing-masing supaya mematuhi arahan berkenaan.

Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa tiada anggota HKL melanggar arahan tersebut.

Sekiranya ingkar berbuat demikian, tidakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan ini.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



11 comments:

View Comments/Post a Comment

11 comments:

Anonymous said...

Masya Allah !

Sesungguhnya yang bahalol akan tetap bahalol, dan yang bijak lagi matang akan tetap tidak bahalol. Itu adalah tanda tanda yang di pertunjukan kepada mereka mereka yang jahil.

Renungilah bersama.....

Anonymous said...

tak pelekat simbol pun ok tak mengapa sebab kami sokong pr kali ini memang umno buat kawalan rapi kita tengok la lepas ni bn menang ka kalah ,sebab selalu nya rakyat benci parti yang kokong rakyat,pasti rakyat akan bangkit memprotes , perkerja hospital 70 peratus sokong pr.bagi 500rm semua nak sekat mana bolehhhhh

Anonymous said...

Dr Mangkuk freeloader

alba said...

Satu tindakan yang amat BANGANG..!! Tak bertamadun..!! Ptuii..!!

Anonymous said...

kita pasang pelekat NO TO BN...siap logo BN lagi....

XUMNO said...

Apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti keluarkan arahan melarang mana2 kakitangan yang menyokong Umno/BN berada mana2 premis HKL.

Anonymous said...

Tindakan bodoh macam yang dibuat oleh Pengarah Hospital Sultanah Zainab Kota Baru sedikit masa dulu dalam masalah air.

ZUA A.H said...

KITA PAKAT RAMAI2 TAMPAL KT MUKA DIA...CANTIK X?

zua said...

KITA PAKAT RAMAI2 TAMPAL KT MUKA DIA JER? AMACAM.?

Anonymous said...

Barua UMNO ni kalau berani, nasihat Rosmah

Anonymous said...

ini la jadinya bila SI BUTA MENJADI SEMAKIN BUTA....

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: