31 Mac 2013

[EDISI TERDESAK] Notis Huru-hara PRU Fitnah Umno Mahu Burukkan PKR


PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu

Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya. -SH

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sudah tahu bahawa sebenarnya BN/UMNO yang akan buat kecoh/huru hara menjelang pilihan raya umum ke 13. Notis dalam artikel di atas hanya sebagai penutup/alasan perbuatan tangan-tangan jahat mereka.

Pihak berkuasa hendaklah siasat perkara ini dengan teliti supaya PRU ke 13 dapat berjalan dengan aman.

Tanpa Nama berkata...

Helah orang yang takut kalah, memanglah begitu.

Tanpa Nama berkata...

Btul3

Tanpa Nama berkata...

Nak buat huru hara kenapa sampai nak buat notis...nampak sangat bangangnya Umporno nie...dulu kini dan selama lamnya...umno banyak songel la nak buat fitnah....termasuk la mahaguru silat bongokk...ajar anak murid supaya berbuat baik...tapi....mahaguru penipu..!!!!

Unknown berkata...

Bagi kita yang mengaku beragama Islam, kita hendaklah jujur dengan
pengakuan agama Islam kita..menipu dan fitnah itu bukanlah ajaran Islam.
Tolong sampaikan peringatan ini pada guru2 silat dan NGO2 Islam Melayu..dan yang berkuasa dalam SPR
Kebenaran dan kejujuran hati kita..itu lah yang kita hendak bawa semasa mengadap Tuhan di Alam Ahirat nanti..bukannya proksi kuasa,bangsa, wang ringgit ataupun kemenangan PRU13 secara tipu helah...Tolong sampaikan hakikat ini.

Tanpa Nama berkata...

SPR dan UMNO dah berpakat, keluar kenyataan bersama, sebab sama-sama penyamun

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak huru harakan negara supaya mereka dapat perintah lebih lama

Tanpa Nama berkata...

Nak Perbodoh kan rakyat . kena jadi cerdik , WAT lah cerita yg bagus sikit , ni wat cerita bodoh suruh org ramai percaya , ketua Silat gayong tu bulih lah di perbodoh . nampak sangat SB dan RISIK kat Msia ni tak wat kerja , yg jumpa risalah tu Tok Guru Silat pula, tah tah ada Jin sampaikan berita Tersebut, siap dgn LETTER HEAD sekali berlambang PKR punya lah BODOH nak MENIPU , lepas TU masuk TV 3 Suku, Nampak nya Yg OTAK OTAK 3 SUKU saja yg percaya