29 Mac 2013

[BERGAMBAR] Polis Mengaku Ikut ARAHAN Tahan Treler Jelajah PAS


Tahan treler jelajah PAS 'arahan' pihak tertentu?

Gopeng: Akibat ditahan pihak berkuasa, program jelajah treler berkebajikan PAS yang dijadual berlangsung di Gopeng tertangguh lebih sejam malah terpaksa diubah dari Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Radzi Zainon berkata, pihaknya kesal dengan penahanan dan pemeriksaan treler itu yang diyakini dibuat 'atas arahan' pihak tertentu bagi mengganggu program yang dianjur hari ini.

"Kita lihat bila Barisan Nasional (BN) buat program, bukan sahaja tiada halangan malah anggota keselamatan turut memberi kerjasama.

"Tetapi apabila Pakatan Rakyat, bermacam-macam halangan diwujudkan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak hadir ke tempat program tersebut,"
jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kecewa dengan tindakan penahanan treler itu berkata, semua pihak sewajarnya bertindak profesional dalam dalam menangani perbezaan politik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi.

"Tindakan polis yang mengikut arahan pihak tertentu menyebabkan program kita terjejas lebih dari sejam.

"Bukan itu sahaja kita terpaksa mengubah lokasi ke tempat yang lain, dan kita khuatir jika meneruskan program di lokasi yang asal sudah pasti pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di program jelajah di Pengkalan Pegoh.

Tengah hari tadi, lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS di Gopeng saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut yang melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya memberi jawapan 'menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan'.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Semalam, treler tersebut turut dihalang memasuki kawasan ceramah di Bandar Kamunting.

Difahamkan pihak polis membuat tiga sekatan jalan raya di laluan masuk ke tempat program tersebut mulai jam 6 petang lagi -HD









Ulasan GB

Jika bas Jelajah Rakyat PKR dibaling telur, cat merah dan batu oleh puak UMNO, treler berkebajikan PAS pula diganggu oleh Polis dan JPJ yang diperkudakan UMNO BN.

Polis tak serik-serik lagi mengikut telunjuk UMNO BN walaupun dah mendapat impak negatif di Lahad Datu dengan terkorbannya beberapa anggota keselamatan.

GB sudah berulangkali menyeru dan meminta polis supaya menjalankan tugas secara rofesyenal, tanpa pilih kasih atau diskriminasi dan bukan mengikut arahan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana apabila polis gagal menjalankan tuasnya secara adil dan saksama, maka polis perlu menanggng risiko yang besar setiap ketidak-adilan dan setiap kerja yang dilakukan secara pilih kasih akan menyebabkan integirit dan kredibiliti polis tercemar.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mampusss umno
Hidup Pas...Allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

hal mcm inilah yg membuatkan rakyat semakin meluat pd kerajaan skrg.. tukar je...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!
Tanda tanda kemenangan rakyat dalam Pakatan Rakyat sudah jelas terpancar.

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi taik kucing...!! kalau macam ni caranya yang diamalkan..!PRU13 nanti... A..B..U..!!!

Unknown berkata...

PDRM lu org mmg anjing umno lah...lu org berat sebelah,xadil dalam bertindak,xde integriti...tapi lu org punye ketua sembang xnak jatuh...sepatotnya PDRM bebas dari badan politik...harap kalau PR mng PRU13 nti ubah sistem yg ada sekarang...

Tanpa Nama berkata...

apabila ketua puak lembu melembukan pencacai angkat najis..begini la.. semoga cepat la mampouuih umngok haramjadah dr mukabumi Allah ini dr berterusan melembu pawahkan pihak berkuasa. PAS for malaysia

Tanpa Nama berkata...

setiap tindakan tidak adil balaci umno akan menyebabkan bertambah ramai kepada pihak yang tertindas. bertambah ramai yang bersimpati terhadap PR. Polis sepatutnya menjaga keamanan rakyat, bukannya keamanan umno. kakitangan kerajaan mesti sedar gaji yang diterima bukannya duit umno, ianya dari khazanah negara. seandainya umno tidak merompak duit khazanah negara gaji kakitangan awam jauh lebih tinggi dari sekarang...
sedarlah wahai kakitangan awam, jangan bekerja ikut arahan umno, ikutlah apa yang telah diluluskan oleh parlimen...

Amuraria berkata...

zambri mamak kah yang arah? jangan bagi dilembukan oleh pecacai sekutu apco! ABU !

Tanpa Nama berkata...

UMNO lah yang beri arahan tersebut. Seluruh dunia tahu.

Tanpa Nama berkata...

Kan sudah dihebohkan berdentum -dentam, insiden Lahad Datu ada kaitan dng Anwar. Tak dapat tahan Si Kiram2 tu, tahan treler, provok, tindas, ugut pun jadilah.

Tanpa Nama berkata...

ini bukan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) tetapi PBSM (Polis Berat Sebelah Malaysia)...

UMNO buat semua boleh,Pakatan buat semua x boleh. mung ingat bumi ni milik bapok mung??? milik tok mung??? udara hok mung sedut tu milik Allah!!!

WarFitnah berkata...

UMNO/BN nie sememangnya dah lama sangat makan BABI, dan pihak berkuasa pulak dah sama dengan FIRAUN, so apa yang nak dihairankan, gaji depa semua kita yang bayar kan, PERGI JAHANAM laa dengan depa2 tuu.....PDRM & JPJ Laknatullah

Tanpa Nama berkata...

Semakin kamu ganggu PR semakin bertambah kebencian rakyat kepada bn/umno, BARANGAKILI JPJ dan PDRM tau perkara ini, nak sokong PR Secara terbuka takut miss sooru, jadi sangaja buat macam ni supaya rakyat benci umno/bn CEPAT MAMPUS......

mansor berkata...

Polis oh polis kalau orang awam cakap macam2 pasai hamgpa. bukan main marah. tapi hangpa buah macam2 kpd orang awam takpa pulah. Majoriti org awam berbaik@berkawan dgn hangpa hanyalah sandiwara dunia. Ada udang disebalik batu.

Tanpa Nama berkata...

betulah polis ni macam anjing, jika boss suruh tahan, dia tahan.

treler pas hanya nk buat ceramah, bukan penjenayah, bdoh lah polis, kita doa org yg bagi arahan tu Allah balas dgn setimpal cepat2.

Tanpa Nama berkata...

ya ya....... setuju....

Tanpa Nama berkata...

Taniah kepada PDRM.Tindakan anda telah menghilangkan banyak lagi undi UMNO.Teruskan dan lipat-gandakan tindakan jadi kuda tunggan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

rilek lh bro, marah2 pun jgn panggil mereka anjing.

Tanpa Nama berkata...

Makin dihalang, orang makin hampir dengan PAS/PKR?DAP (PR). Insya-Allah.

Sekarang zamanorang menilai maklumat dengan akal fikiran. Tindakan sedemikian amat tidak bijak dilakukan oleh BN.

Tanpa Nama berkata...

Setiap tindakan kedurjanaan sebenarnya akan menyebabkan kehancuran umno. Undi atas pagar akan memihak kepada yg dizalimi.

2. Terima kasih kerana mempercepat umno hancur.

aisya berkata...

bagi aku PDRM punya penjelasan mereka sendiri..cukup-cukuplah dengan panggilan anjing...