Bayar RM 2 Juta Kepada Psy Bertentangan Usaha Najib Didik Rakyat Berjimat Cermat
Tindakan Kerajaan BN mengundang artis popular Korea Selatan, Psy sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang bukan sahaja membazir malah bertentangan dengan usaha kerajaan yang ingin mendidik rakyat hidup berjimat cermat.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, di satu sisi mengesa rakyat hidup berjimat, di satu sisi yang lain kerajaan sendiri berbelanja besar.
Menurut Johari, tindakan itu juga jelas mencerminkan percanggahan terhadap cara kerajaan mendidik rakyat.
Johari menambah, Pakatan Rakyat tidak berhasrat menghalang BN untuk membuat sebarang program sempena tahun baru berkenaan, bagaimanapun ia tidak perlu membazir.
“Ia tetap bercanggah dengan seruan kerajaan khususnya Datuk Seri Najib Razak yang mengesa rakyat untuk berjimat cermat dalam menghadapi masa-masa yang sukar, itu sahaja bukannya kita menghalang sekadar memberi pandangan.
“Kerajaan menghulurkan bantuan BR1M dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar dengan tujuan menampung kos kehidupan rakyat.
“Dalam masa yang sama kerajaan juga belanja RM2 juta untuk persembahan PSY 30 minit, itu jelas satu pembaziran walaupun kerajaan mendakwa itu adalah duit parti, bukannya duit rakyat, tetapi pada saya ia tetap suatu pembaziran,”ujarnya.
Johari berkata demikian sebagai mengulas hasrat BN Pulau Pinang menjemput Psy yang terkenal dengan tarian gangnam style untuk membuat persembahan di Pulau Pinang.
Perkara ini turut mendapat reaksi daripada ketua Menteri Pulang Pinang, Lim Guan Eng yang menggesa rakyat Pulau Pinang agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah ketika menghadiri majlis sambutan tersebut.
Menurut Lim, mengenakan baju kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.
Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 11 Februari di padang Sekolah Han Chiang.
Selain Psy, majlis tersebut turut menampilkan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah serta pertunjukan Chingay, badut, nyanyian dan tarian masyarakat Cina.

8 ulasan:
Najib memang terkenal sebagai pemimpin sejak muda lagi hanya pandai mengumpan, bukan menyelesaikan masalah pokok. BRIM diberi kerana untuk umpan pilihanraya berapa hari duit itu dapat digunakan?. Pelbagai bantuan itu melibatkan peningkatan hutang secara berterusan. Najib tiada perancangan untuk mengurang hutang negara sehingga mencecah RM502 bilion (2012). Hutang negara pada tahun 2009 hanya RM363 bilion meningkat sebanyak RM139 bilion dalam masa empat tahun..BN membuat persediaan & strategi meninggalkan hutang yg banyak dan sekiranya PR memerintah nanti,baru padan muka .Jika setakat pandai mengagihkan wang rakyat, nenek aku kat kampong pun pandai.
anak muda Malaysia keluar IPT menganggur,boleh pula belanja juta-juta untuk orang luar
Umpan rakyat BR1M RM500, mahasiswa menganggur dapat makan sepenggal PRU?
rakyat sendiri kena hutang PTPTN juta-juta, bukan rakyat diberi RM juta-juta
Tokoh-tokoh yang kononya tahu agama dalam UBN, tak berani sanggah, benar-benar ular dalam semak.
Mana ulama muda, mana Nasha, Mana Hasan Ali, mana Zulkifli Nordin? Pergi ikut najib tengok PSY?
Harus sini harus sana, Gangnam Style PSY harus juga ka?kalau perempuan diam tanda setuju!
pada akhir zaman orang tidak patut memimpin akan jadi pemimpin...
kita tengok jew... kita pon tengah berada pada akhir zaman kan :)
Catat Ulasan