Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat
Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.
? Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.
Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini.
Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.
"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya.
Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak. - Bernama
Ulasan GB
Terbahak-bahak syaitan dan iblis membaca berita di atas kerana tugasnya kini telah diambil-alih.
Dah lah ilmu ugama kurang, buat pula maksiat dengan menubuhkan kelab malam, kemudian nak jadi hero banteras kegiatan maksiat!
Golongan yang hendak menipu orang-orang beriman di atas dunia ini.
Astaghfirullahil adzim... Hukum kebenaran dan keadilan akan menggulung mereka ini ke jurang kehancuran, satu hari nanti, dengan kuasa dan izin Ilahi!
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

17 ulasan:
Haaa ni la namanya otak bisnes putar alam. Dia jadi kepala serbu tempat orang tapi tempat dia dibesar-besarkan lagi. Ramai kena tipu dengan bohalol bin bangang ha ha ha.
Who is the president? We know awie very well loo........
Kalau Melayu, buat apa pun boleh.
Kalau Melayu, cakap apa pun boleh.
Kalau Melayu, kelaku apa pun boleh.
Kalau Melayu, apa-apa pun boleh.
Malaysia Boleh. Hidup Melayu. Hang yang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
penguatkuasa undeng2 boleh tutup kedai la.
dunia akhir zaman, buat program dan buka pusat maksiat nak jaga dan kawal kegiatan maksiat ...apa ni...betul ke? jgn buat lawak mcm puak dulu kini dan selama nya...fenin...fenin...
Dia serbu yang orang punya. So kaki maksiat akan cari yang dia punya. What a good business.
Salam GB...
Begitulah manusia jika kehidupan di luar batas2 agama tanpa beriman pada tuhan. Sebagaimana perompak mendidik anaknya jangan merompak sedangkan kos2 kehidupan harian anak dan keluarganya pun hasil dari rompakan haram jadah...
Perrrggggghhhhh...
mcm celaka punya cerita...
wat tempat maksiat pastu nak banteras maksiat...
ko ttup pub ko... bertaubat la...
kesalahan diri sndiri x nmpk..
Hahahahahahahaha benda nie paling kelakar dari MAHARAJA LAWAK MEGA.........aku punya ketawa dari minggu lepas sampai hari nie tuu, tak abis2 lagi.........Hahahahahahaha, Serahkan kerja2 pencegah maksiat kat SYAITAN yg dikenali, Hahahahahahaha lawak gila laa si AWIE nie, puiiiiii
Budak Awi menggunakan pepatah Inggeris,
"IT TAKES A THIEFT TO CATCH A THIEFT"
Bukan susuah sangat jangan pikir puak munafik moden ini.
Orang seperti ini dah ada sejak dulu kala smeak surah "AL MUNAFIQOUN"
Tapi mai pakat doa supaya Alah bagi dia Hidayah kesian mak bapak dia.
Tokwan Perak.
Ipoh tidak pula termasuk dalam senarai utk puak2 ini membenteras maksiat. Apakah untuk menlindungi perniagaan sendiri?
JAKIM apa buat?......atau pusat hiburan awie ni ada tanda HALAL???........xde jual arak?....xde joget2?......lelaki dan pompuan diasingkan untuk berhibur?....xde pelanggan yg pakai seksi?......JAKIM....jgn diperbodohkan.....dah lama Islam diprkotak katikkan!!!......laksanakan amanah!!!......cukup2 la subahat!!!.....jgn luluskan lesen sedemikian lagi....benteras maksiat!!!......jgn tokey maksiat yg benteras maksiat!!!......
macam pelacur nak benteras pelacuran tidak berlesen BN/UMNO
Maksiat pada dia bila tak ada lesen. Kalau ada lesen itu bukan maksiat. Inilah ajaran umno.
Ni namanye monopoli...ha ha ha syaitan ketawa
serah kan semuanya pada aku.Ini nama nya Demokrasi terpimpin, yg akan memimpin para2 ulamak umnooo. puak2 ni rasa kuat pasai sahabat dgn jin / setan. Ingat Allah taala adalah pencipta alam ini termasuk - malaikat, jin, setan dan manusia. Sejahat jahat manusia, sebaik baik jin. Allah taala yang MAHA segala galanya. Boleh paham kottt.. kot lidah keraih tak laeh nak ngucap.
"pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat."
Hello Awie, saya rasa you dah tertinggal sesuatu yang patut sebut sebagai contoh iaitu aktiviti kelab malam. Since dia tak sebut yang ini bagi dia aktiviti kelab itu bukan maksiat dan tidak layak untuk manusia ini menjadi ketua membanteras maksiat.
Catat Ulasan