Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara
“Saya syaki kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN,” kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir dalam satu kenyataan
Katanya, politik samseng membayangkan Umno BN kian terdesak dalam menyambung hayat sebagai kerajaan di Malaysia
Beliau berkata, jika dengan mahasiswa pun Umno BN terdesak menggunakan samseng, ini memberi gambaran pentas demokrasi Malaysia kian parah
Katanya, kumpulan mahasiswa yang turun bertemu rakyat dengan membawa idea dan agenda dibalas dengan dibelasah adalah politik tidak sihat
Seharusnya, kata beliau politik hujah dibalas hujah, ini bukan ketikanya lawan tumbuk dan berkelahi
Justeru, ujar beliau sepatutnya tempat Perdana Menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen, namun sebaliknya yang berlaku
Menurutnya lagi, hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat
“Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang,” ujarnya
Sebelum ini, kata beliau kerajaan pimpinan Najib mengumumkan mahasiswa boleh berpatisipasi dalam politik sehingga dibenarkan untuk bertanding tetapi hari ini kenapa terpaksa menggunakan samseng untuk berhadapan dengan mahasiswa
Beliau kira Parlimen Pekan bukan lagi kawasan selamat untuk Najib memenangi pilihanraya sehingga terdesak menggunakan politik kotor untuk berhadapan mahasiswa
“Saya harap arena politik negara perlu dilatari dengan politik matang
“Oleh itu, saya menjemput DS Najib untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang
“Maaf Datuk Seri, kami tolak politik samseng!” katanya. -HD
Aktivis Mahasiswa Dakwa Dibelasah Samseng Umno Di Pekan, Pahang SHAH ALAM 12 FEB: Seorang aktivis mahasiswa Ekhsan Bukhari Badarul Hisham mendakwa dipukul oleh empat lelaki yang mengakui mereka anggota Umno semasa berkempen di Pekan, Pahang.
“Saya ditarik keluar daripada kereta oleh samseng yang mengaku ahli Umno lalu menjatuhkan saya dan (saya) dibelasah di atas tanah,” kata Ekhsan Bukhari ketika menceritakan kejadian yang berlaku pagi ini di Kampung Datuk Keramat.
Pada masa kejadian, Ekhsan Bukhari dan beberapa rakan sedang mengedarkan risalah “Harapan Mahasiswa Untuk Malaysia” di kampung tersebut yang terletak di dalam kawasan DUN Pulau Manis.
Ekhsan Bukhari mendakwa kereta yang dinaikinya tiba-tiba ditahan di tengah jalan oleh sebuah kereta Proton Gen2 yang dinaiki oleh tiga orang lelaki.
Lelaki tersebut meminta pemandu kereta Ekhsan Bukhari supaya berhenti di tepi jalan.
“Mereka rampas kunci kereta kami dan meminta kad pengenalan untuk diambil gambar.
“Selepas dimaki hamun dan diugut oleh mereka, datang seorang lagi samseng yang menaiki motosikal.
“Lelaki tersebut menarik saya keluar dari dalam kereta dan menjatuhkan saya,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Ehsan Bukhari mendakwa ke-empat-empat lelaki itu kemudian bertindak memukulnya.
Katanya, beliau cedera di beberapa bahagian badan termasuk siku berdarah, bahagian leher baju yang koyak serta kereta yang dinaikinya kemek di bahagian tepi.
Semasa berita ini ditulis, Ekhsan Bukhari di dalam perjalanan ke balai polis untuk membuat laporan.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengumumkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) di kawasan Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kumpulan aktivis berkenaan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengedarkan risalah kepada setiap rumah di kawasan Parlimen tersebut. -selangorku
3 ulasan:
kepada mahasiswa/siswi lihat dan berfikir lah secara intelek..kalau begini lah cara nya bagaimana kita hendak negara kita di pimpin secara berhemah...nak muda mencuba menceburi politik sihat di balas dgn kesamsengan..moh kita bertekad semua mahasiswa/siswi jatuhkan BN dan pimpinan korup, bersihkan politik malaysia dari kebiadapan, hidup org muda dan mahasiswa, lawan tetap lawannnnnnn.
kalau begini caranya.
guna tektik zaman dharurat.
edar risalah menggunakan
kapalterbang, tebar dari udara.
oleh kerana kapalterbang tentera punya.
apakata pr sewa helikopter.
sebenarnya, tidak semua pakcik dan makcik
di felda terutamanya sokong umno/bn.
PRU13 MAHASISWA TURUN PADANG TUMBANGKAN UMNO
Catat Ulasan