13 Feb 2013

"Are U Ready For Putrajaya?" Rakyat Jawab : YES


DAP Pulau Pinang cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan pusat itu

DAP negeri Chow Kon Yeow dalam ucapannya bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri dalam satu majlis semalam

Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 3,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak"

Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya"

Chow dengan bergurau juga berkata, ketua menteri Lim Guan Eng ingin bertanya soalan sama namun teragak-agak untuk berbuat demikian kerana bimbang akan mendapat jawapan sama seperti yang diterima Najib semalam

"Jadi dia minta saya untuk uji pasaran dulu," kata Chow yang disambut gelak ketawa hadirin.-mk

Ulasan GB

Satu pengajaran besar untuk Najib & UMNO/BN bahawa: jangan bercakap besar dan berlagak dengan rakyat!

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka yang bercakap besar dan berlagak pasti akan mendapat kehinaan dan kehancuran.

5 ulasan:

Kak Uda ila berkata...

Adakah mereka tidak tahu atau pasti, yang memberi kemenangan itu selain yg punya HAQ iaitu ALLAH, adalah rakyat sesebuah negara itu sendiri?

Pengajaran untuk Najib dan BN yang sombong dan angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Air Tower = Fleet PKR you are clear for TakeOff to Destination PutraJaya..

Tanpa Nama berkata...

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. 13-11

ubah pada pru 13

Tanpa Nama berkata...

PR boleh menang pada PRU13 nanti seandainya DAP bekerja keras lagi memberi jaminan akan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi. Isu jualan arak, judi dan maksiat mesti ada peraturan yg kuat lagi.Bukan macam sekarang, jualan arak merata2 di bumi M'sia.Org Melayu nak dengar dari mulut pemimpin DAP sendiri. Seandainya DAP gagal memberi jaminan, org Melayu atas pagar tak mau sokong PR.DAP mesti beri kejutan biar tertiarap Umno.

acop Melaka/Phg berkata...

sy usia 54 thn..dah beberapa kali undi sejak 80an, kesian kpd PAS sentiasa di KO oleh umno..dlm 5 thn ni nampaknya tegap sikit wpun masih merangkak dlm politik Malaysia. Pandangan sy DSAI yg berjaya membawakan TGHA dan LKS duduk bersama. Pada sy `team` yg ada skrg begitu baik utk langgarkan umno/BN sampai ditumbangkan, kerana ada pemimpin2 PR mcm sepasukan `bolasepak` yg lengkap dgn penyerangnya, midfield, back dan goalkeeper. Jika Rafizi dan Mat Sabu adalah penyerangnya, midfieldnya adalah DSAI(Captain), TGHA dan LGE, backnya Kalid Ibrahim, Husam, Azmin, sayapnya oleh Tian Chua dan Anthony Loke, GK adalah Aziz Bari dgn simpanan2 nya adalah Solehudin, Karpal, Ustaz Asri, Shamsul, Zulkefli Ahmad dan seumpamanya