Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.
Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis “Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor” yang terpacak di ladang kelapa sawit.
Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.
Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.
“Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru? “Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.
“Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.
“Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan “projek hospital baru” yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.
Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998
6 ulasan:
Berita macam ini okay...
BILA 'LEMBU-LEMBU' MELANTIK PENYANGAK JADI PEMIMPIN ,INILAH AKIBAT NYA KERJA KELENTONG MEMANJANG DAA ! ABU !
Apa yg ok......kooooo
Recycle janji lagi. Kita bukan bodoh oii Noh udang. Nanti pada PRU kita buang sahaja terus UMNO ke tong sampah sebab diaorang ini tak boleh direcycle semula. Rosak habis dah.
teringat kt salah satu signboard kat dungun....projek kerajaan barisan nasional....tapak cadangan hospital baru dgun...dri aku blajr kt dgun 2009 sampai skarg 2013 tak nampak batang bangunan pun. tapi skrag tak tau la klu dah ada nampak batang....tu pun gula2 kot, sbb pru13...tp last ak p dgun 09/01/2013 masih lagi kosng..... tp tak tau la klu signboard dah tak de k, projek tak jadi k....
Kalau di Selangor kerajaan negeri boleh disaman kerna gagal dlm melaksanakan menifesto PR maka kegagalan umno be end menunaikan janji buat hospital pun boleh la rakyat yg tempang, kodong, buta, buta, pekak saman kerajaan umno be end kan? Apa lagiiiii kita saman jgn tk saman....
Catat Ulasan