Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda.
"Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.
"Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka.
' Deepak sebelum ini mendakwa telah memberikan puluhan juta kepada rakan perniagaannya itu melalui projek yang mereka usahakan bersama.
Namun sejak kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam yang kedua, Deepak telah diketepikan dan diberikan pelbagai tekanan oleh rakannya.
Deepak juga meminta Najib tidak melupakan rakyat yang memberikan undi kepadanya selama ini.
"Juga yang memberikan undi kepada mereka kerana ia sangat berbahaya untuk berbuat demikian.
"Mereka boleh jadi hilang pekerjaan dan yang lebih teruknya berakhir di (penjara) Sungai Buluh," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media.

9 ulasan:
Betul... pihak lain dari peneroka felda kerajaan tak bagi apa2 pun tak pa lah nanti kami fikiaq dulu sedih ni, ingatkan kami dapat gitu saja dengan bekerja panat nak pampuih makan tak tentu arah dok dalam hutan belantara, sebab nak hidup lama lagi kot tu yang jadi peneroka felda " nak tanya sikit.. BANGUNAN TINGGI PENCAKAq LANGIT TU PENEROKA MANA YANG PI DUDOK " duit tu mai dari mana ? bukan duit dari hasil mahsul FELDA ke.. Nelayan laut dalam pun RAKYAT Malaysia jugak pi la ungkit depa sama..HASIL DARI RIMBA BANGGA DI IBU NEGARA, tak puas lagi ke ada apa lagi yang tak kena nak pekena apa lagi dengan PENEROKA ni. UNGKIT,UNGKIT,UNGKIT..
kpd sesiapa jua yg membaca komen ini khususnya org umno, cakap mahathir ni boleh membawa rosak iman .. kesenangan, rezeki dsb bukan manusia yg bagi, tetapi Allah.. ngaji sikit iqtikad qadariah dan muktazilah .. ahlul sunnah waljamaah berpegang kpd hakikat bahawa Allah tlh pinjamkan kpd kita kudrat, kuasa, tenaga, akal utk kita membuat pilihan.. salah pilih kita akan diazab ..dlm apa jua aspek ..akhirnya dua shj pengakhiran kita .. sama ada syurga atau neraka tak de konsep atas pagar atau tengah2..
jangan gigit tangan rakyat yang duk pangkah hangpa bila dah berkuasa lupa amanah untuk rakyat mesti diutamakan,kalau pemimpin tak sanggup susah bersama rakyat eloklah ditukarkan saja
Gigit-menggigit tangan yang memberi ni biasa berlaku antara bayi dgn ibubapanya. Bayi akan menggigit jika penyuapnya leka atau tak fokus ataupun geram pada si pemberi. Kalau 55 tahun sekali baru nak beri sape tak geram. Bukan setakat nak gigit nak gonggong terus rasanye..
mamak madey pedukang jugak kene ingat jgn gigit tangan2 org melayu yg kasi bapakkkkk kau ic
Kalau binatang yg tak dak akai pon gigit tuan yg kurang ajaq, ni kan manusia yg boleh befikir, apa tunggu lagi pemimpin umno bukan saja kurang ajar mmg dok pelingkup duit rakyat
Mahathir gigit tangan rakyat yang dulu bagi dia jadi PM
PENEROKA GIGIT JARI, ANAK MAHATHIR DAN KELUARGA NAJIB KAYA RAYA...
anak peneroka Felda hidup menganggur dan hutang PTPTN, anak Mahathir?????
Catat Ulasan