Tindakan membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpinga-pinga di pentas semasa acara ‘makan besar’ di Pulau Pinang Isnin lalu dianggap memalukan.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata, Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya dimalukan sehingga menjadi bahan ketawa apabila mendapat liputan meluas media antarabangsa.
“Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa ‘standard’ Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib berundur secara terhormat kerana telah memalukan negara selepas beberapa kali berdepan dengan peristiwa memalukan.
“Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya.
“Inilah satu-satunya kes malu yang ‘dibayar’ dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta,” katanya.
Kredibiliti Najib dilihat tercalar apabila penyanyi antarabangsa, Psy dikatakan enggan naik ke pentas menggaul Loh Sang walaupun dipanggil berkali-kali oleh pengacara majlis.
Najib serta beberapa pemimpin BN termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansur dibiarkan berdiri tercegat sambil menanti kehadiran Psy kira-kira lima minit sehingga membantutkan acara tersebut. -FMT
6 ulasan:
aAku pun malu bila PM aku malu tapi lebih besar malu bila PM kena kencing dengan Rais Yatim kata orang akan suka jika bawa Psy..rupanya disebalik itu.. kesian PM aku
Psy x nk join gaul yee sang tu satu hal.. Yg jadi masalah besarnya adalah atur acara majlis.. Sy lebih melihat pd perancangan dan atur acara majlis.. Adakah acara menggaul yee sang itu ada dalam atur acara majlis di sekalikan nama2 vip yg mengambil bahagian dlm acara berkenaan.. Ini majlis besar.. Bukan blh panggil orang secara spontan shj.. Jika dipanggil secara spontan ii lah jadinya.. Harap maklum tentang tata cara pengurusan majlis.. Lebih2 lagi majlis besar sprti ini... Aku turut merasa kesal dengan insiden yg berlaku....
PSY, Anwar taraf international, Najib hanya jaguh 1 Malaysia, mana setaraf
PSY punya perangai memang i tak suka. Tapi PSY adalah orang yang bermaklumat since dia terkenal melalui youtube. Tak mustahil mungkin dia tahu siapa Najib sebenarnya since media antarabangsa banyak memberi gambaran buruk kepada Najib dan nyanyi hanya untuk dapat duit sahaja (itu pun sikit sahaja di mata PSY kalau RM 2 juta diconvert kepada US dollar). Kesimpulan PSY mungkin dah tahu dah yang Najib ini adalah penjenayah kerana media antarabangsa banyak cap Najib sedemikian.
keian PM aku...event manager wajib dikenakan tindakan serta hukuman...ini bukan acara spontan...tetapi terancang...ish ish ish sapa event manager dan suku sakat nya tuuu...pengurusan pengacaraan yang amat lemah...
Pemimpin Malaysia yang dok ada la ni semua bertaraf kelas kedua, entah kelas ketiga dan ke bawah, tak ada sikap profesional langsung. Psy tu kan penyanyi profesional dan dia tahu bahawa dia dibayar untuk menyanyi sahaja dan bukan untuk gaul "yi sang".
Cuba lihat apa yang depa buat pada bidang pendidikan. Guru yang ada sepatutnya bersifat profesional dalam bidang depa taapi diajar oleh depa yang tak pro langsung lalu guru pada hari ini sudah menjadi kerani yang mengajar.
Catat Ulasan