15 Feb 2013

[BOM MELETUP] Deepak Bongkar SD 3 Pengakuan ‘Individu’ Diarah Bunuh Altantuya


Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan membongkar akuan bersumpah (SD) ketiga berhubung pengakuan individu yang menerima arahan daripada orang atasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak berkata, individu yang tidak dinamakan itu menyediakan satu SD, dijelaskan Deepak sebagai SD ketiga (SD 3) menyatakan individu tersebut diarah membunuh warga Mongolia itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenai individu berkenaan dan SD 3 tersebut tetapi sedia membongkar secara berperingkat pada masa akan datang.

“Ada arahan kepada seseorang oleh orang atas Najib yang mahu supaya beliau membunuh Altantuya.

Dan orang itu mengaku dia menerima arahan tersebut dalam akuan bersumpahnya.

“SD 3 ini adalah pendedahan terbaru yang belum dilapor,” kata Deepak.

Deepak secara bertulis kepada Malaysia Chronicle kelmarin berkata, ‘seseorang’ menyedia satu SD menyatakan, dia diarah membunuh Altantuya oleh orang atasan Najib.

Dalam artikel bertajuk ‘Order for Altantuya murder came from Najib, Baginda was sexually impotent – Deepak claims’ itu, Deepak tanpa menjelaskan SD yang dimaksudkan itu adalah SD 3.

Menurut artikel tersebut, Deepak mengulangi penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam proses membuat SD kedua yang dilakukan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Dedah Deepak, beliau diarah mengeluarkan ‘fakta tertentu dan butiran panas’ urusan antara Najib dan Altantuya.

Ekoran itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah mendesak Pejabat Peguam Negara dan polis membuka semula siasatan pembunuhan Altantuya dan merakam kenyataan Deepak.

“Tiada tindakan bermakna meneruskan konspirasi menyembunyikan kebenaran,” kata Sivarasa dalam kenyataan.

Deepak turut mendedahkan, dia membuat pembayaran kepada Najib dan Rosmah daripada ‘hasil Glomac Tower kepada sebuah anak syarikat Kuwait Finance House’.

“Bukti ini direkodkan oleh Datul Jamidan, Pengarah Kanan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 2011.

“SPRM perlu jelaskan segera kepada rakyat Malaysia sama ada dakwaan pembayaran kepada Najib dan Rosmah adalah benar,” kata Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

“Kami juga menunggu respon SPRM mengenai dakwaan Deepak disokong dokumen bahawa dia memberi hadiah mahal dalam bentuk berlian dan barang kemas untuk Rosmah.

“Akhirnya, untuk kali pertama Deepak menyatakan dengan bertulis berita yang melingkari negara sejak pembunuhan yang berlaku pada Oktober 2006 berhubung penglibatan Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya,” kata Sivarasa.

Akuan bersumpah pertama & kedua Dalam surat permohonan untuk mendapat imuniti sebagai saksi kepada Peguam Negara semalam, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.

Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Rosmah bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Najib dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.

Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh Rosmah.

Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ berbuat demikian selepas Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.

Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.

Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.

Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.

Ketika SD 1 dan 2 tanpa sebarang siasatan, kini muncul pula SD 3 sebagaimana didedah Deepak.

5 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Masih belum selesai kes ini.

Amuraria berkata...

tembelang belum pecah betul ! ABU jangan lupa !

kg senduk bg berkata...

tembelang akan betul2 jadi tembelang andaikata pemerintahan berubah. kalau mereka masih memerintah mungkin mereka masih selamat. sbb tu lah mereka tabur BRIM dan berbagai janji (sememangnya hak rakyaat) utk raih sokongan agar mereka diberi mandat lg. mereka memberi hak kita kita ambil sj, ttg undi sememangnya hak kita juga. tepuk dada tanya selera

Tanpa Nama berkata...

Banyak tawaran istimewa dan cheap sale daripada Najib dan Muhyidin sejak akhir-akhir ini. Adakah barang-barang yang sudah expired akan laku dibeli orang?

Tanpa Nama berkata...

Tengok muka Rosmah lama2 dah nampak macam Altantuya pulak..