28 Feb 2013

[BERGAMBAR] Sahih - Jejambat Dekat Tol Putrajaya/Cyberjaya Runtuh


Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.

Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya. -mk







10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Relak lah....

Runtuh runtuh ini biasa bah...

Buat jambatan ambil masa 2-3 tahun, makna nya kontrak bagi buat jambatan mesti sebelum 2008 dulu lah.

Mesti ada orang ketawa jalan ke bank nampaknya dulu....

Runtuh runtuh ini macam Stadium runtuh di Terengganu bah....

Biasa lah. Tapi nasib baik tak de orang mati kena hempap jambatan runtuh.

Boss, bungkus itu kereta Bentley warna Hitam satu !!!

Tanpa Nama berkata...

Anon 6:11 tulis

"Buat jambatan ambil masa 2-3 tahun, makna nya kontrak bagi buat jambatan mesti sebelum 2008 dulu lah."

Sekarang dah tahun berapa? Macamana ko kira?

Tanpa Nama berkata...

Siber jay1a. Darul. Runtuh pulak dahhhhhhhh.

Tanpa Nama berkata...

trengganu dah terkenal ngan darul runtoh ,takkan plak nak rebut title kot?.atau sekarang main main pas batton.lepas ni negeri mana nak numpang glamor.bn/umno/apco nak hidup ngan liplap liplap rakyat jugak yang masa depanya gelap.

Unknown berkata...

Jambatan sudah roboh.. sudah roboh.. Semua mau roboh, BN bila mau roboh?

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah BN akan roboh

Tanpa Nama berkata...

Kawasan tu dulu kawasan lombong... jalan tu pula ada la dlm setahun tutup pasal nak buat jejatas ke taman prumahan dan science park.. sebelum ni ada juga kerja2 tambakan untuk struktur jalan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/collapsed-cyberjaya-flyover-was-closed-for-repairs-say-pkns-works-ministry/


Works on the RM7 million flyover by contractor BNI Construction started on October 2007, and it was completed on November 2009. Four developers – PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd, and Semai Ria Sdn Bhd – shared the cost for its construction.


Waduh!!!! itu harganya Rp7Juta yea?

Tanpa Nama berkata...

empat contractors bikin ini jejambat?.ini macam kalu pasti kita akan melihat jari jemari menari nari menuding siapa diantara mereka berdusta.tahun 2007 tarikh ini yang pasti bn/umno/apco punya cerita.apa pun dana rakyat yang hilang mereka kaya tanpa bicara.

orangpencen berkata...

moga hajat al humaira (gadis berpipi merah) kita ni dimakbulkan.. amin....