Bernama Diminta Perbetul Fakta Isu Air Selangor
Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa artikel Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bertajuk ‘Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir’ yang disiarkan pada 26 Februari lalu oleh beberapa akhbar dan portal berita mengelirukan.
Ia juga mengandungi kesalahan fakta berhubung usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat mendapat perkhidmatan air yang lebih baik dan cekap pada kadar tarif munasabah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam suratnya kepada Ketua Editor Bernama, Datuk Yong Soo Heong berkata, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab membetulkannya atas bahu Bernama yang cuai di dalam memilih pendapat ‘pakar’ yang meragukan.
Ujar beliau, kenyataan seorang ahli akademik Dr Zaharuddin Ahmad Sabri yang mendakwa konon dirinya seorang pakar air, lantas Bernama merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir .
“Agak sukar untuk mengiktiraf beliau sebagai pakar air kerana dari semakan yang lakukan, tiada satu makalah pun samada terbitan buku mahu pun artikel pendek yang pernah beliau hasilkan khusus dalam pengurusan industri air,” kata Abdul Khalid.
Tambah Abdul Khalid, kenyataan Dr Zaharuddin yang mempersoalkan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri membiayai tawaran RM9.65 bilion bagi membeli empat syarikat konsesi air dipertikaikan.
“Nampak jelas beliau sebenarnya tidak mengkaji Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menerangkan secara terperinci penstrukturan semula industri perkhidmatan air.
“Selaras dengan Akta 655, aset air negeri dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada nilai yang ditetapkan.
“Oleh itu, pemerolehan aset air akan dibiayai oleh PAAB, sementara Kerajaan Negeri akan membiayai pemerolehan nilai ekuiti konsesi,” katanya.
Jelas Abdul Khalid, pada masa ini beberapa institusi kewangan tempatan dan asing menunjukkan minat untuk membiayai perjanjian ini bagi pihak rakyat Selangor.
Tawaran ini munasabah kerana memberi pulangan 12 peratus setahun kepada kepada pemegang saham disamping semua asset dan liabiliti diambilalih Kerajaan Negeri.
“Kita menegaskan bahawa penstrukturan semula industri perkhidmatan air adalah amat penting untuk memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan air yang cekap dan berbaloi,” ujar beliau.
4 ulasan:
Dekat pru banyak la pakar2 kangkung yg muncul. Mereka laris spt goreng pisangpanas.
Pakar penipu dan pakar putar alam berligar-ligar nak cari makan...
Bernama ni sudah tak layak nak jadi agency Berita Nasional.Tukar aje nama jadi BerUMNO.Tengok bekas Ketua Pengarangnya bernama Azman Ujang menulis dalam The Sun - punya kutuk Kerajaan Selangor dan Kelantan.Walau pun dah bersara dari Bernama tapi otak masih dikongkong UMNO.
laaa..... tok wan ingat azman ujang tu pemberita anggukan, rupanya ketua pengarang...his..his..dan pencen rupe nya kamu ye...jom sama tok wan gi masjid, tadah kitab.....
Catat Ulasan