11 Feb 2013

[BERGAMBAR] Edaran Limau Dapat Sambutan Luarbiasa Di Parit Buntar

Parit Buntar : Ahli Parlimen Parit Buntar Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Hussain dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah berkunjung menemui masyarakat Cina dalam program edaran limau kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Program mengedar buah limau ini anjuran bersama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Pusat Khidmat Dun Kuala Kurau diadakan pada setiap tahun sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Shahrin berkata program pada tahun ini telah mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Cina di Parit Buntar.

“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina menyebabkan pihak kami kehabisan limau sebelum menamatkan kunjungan ke seluruh Pekan Tanjung Piandang.

“Ini menandakan sambutan yang amat menggalakkan kerana mereka datang menemui rombongan kami sebelum kami sempat berjalan-berjalan,” katanya

Ahmad Azhar berkata, edaran limau yang melibatkan juga Kuala Kurau, Kuala Bagan Tiang, Pekan Parit Buntar, Pekan Titi Serong dan Ban Seng Hin diadakan sepanjang minggu sebelum Tahun Baru .

“Sebanyak 1,200 kotak limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutanTahun Baru Cina yang bertemakan ular hitam ini.

“Pihak kami terpaksa membuat tambahan limau kerana berbeza tahun tahun lalu, kali ini sambutan luar biasa, mereka teruja dengan kedatangan rombongan kami” katanya Menurutnya, selain edaran limau, turut diadakan majlis sumbangan kepada 200 orang warga emas dan penduduk miskin masyarakat Cina.

“Majlis sumbangan ini diadakan di empat kawasan komuniti orang Cina di Pekan Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Kuala Bagan Tiang "AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya Katanya, program edaran limau ini turut melibatkan DHPP Parit Buntar, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Unit Amal dan Nisa’ Parit Buntar.

Sementara itu, pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua menjadi tonggak utama kejayaan program.

Ricky Tang selaku Pengerusi DHPP Pekan Parit Buntar menyatakan berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh orang ramai.

“Sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat dan Pas begitu ketara ditunjukkan di semua kawasan komuniti orang Cina.

“Perkataan “Meng Lien” (Pakatan Rakyat) dan “Koyok” (Pas) kedengaran menyambut kedatangan rombongan” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Rakyat amat bangga dapat berkenalan dan berkawanan dengan pemimpin yang jujur, nampak pun jujur dan bukan penipu gaya Mahafiraoun.

Tahniah Pakatan Rakyat...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH!!! MEREKA BUKAN MAHU LIMAU SEBENARNYA MAHU PAKATAN RAKYAT