Penganjur konsert masih membisu siapa taja Psy
Mega Ultimate, syarikat yang dikatakan membayar persembahan bintang pop Korea, Psy di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang terus membisu mengenai maklumat penajaannya.
Jurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming hanya bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang.
Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal".
Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.
BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu.
Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang.
Ulasan GB
Apabila pihak penganjur konsert PSY sendiri enggan untuk menjawab dan mendedahkan siapa yang membiayai dan menaja kedatangan dan pertunjukkan PSY, rakyat berhak meragui dan mencurigai kenyataan BN sebelum ini yang menafikan penafian mereka terhadap penajaan PSY itu.
BN mendakwa penganjur konsert menajanya, kini penganjur konsert sendiri mengelak untuk memberikan jawapannya.
Kebenaran tetap kebenaran dan ia akan terserlah juga nanti.
Ribuan hadir ke persembahan Psy di P Pinang Seramai kira-kira 30,000 orang memenuhi kawasan padang Kolej Han Chiang di Pulau Pinang hari ini untuk menyaksikan persembahan lagu 'Oppa Gangnam Style' oleh penyanyi pop Korea Selatan Psy.
Persembahan itu dianjurkan sempena majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang yang turut dihadiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang hadir bersama anak mereka Ashman dan Nooryana Najwa, tiba pada jam 10.48 pagi dan disambut dengan persembahan tarian singan dan perarakan chingay.
Najib turut ditemani bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin BN negeri Teng Chang Yeow, Teng Hock Nan, serta menteri pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.
Ramai di kalangan pengunjung memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah. Anggota Umno juga dilihat memakai warna merah seperti warna parti mereka.
Selain itu, ada di kalangan pengunjung yang memakai baju perhimpunan BERSIH.
Seorang daripadanya, Alex Tan, 27 dari Klang berkata beliau hadir untuk menyaksikan persembahan Psy dan untuk menyokong Pakatan Rakyat -mk -
8 ulasan:
Kenapa malu nak bagitau siapa sponsor rm 1.5juta tu...bukan sikit anak rm1.5juta untuk 1 lagu plak tu...takkan pihak swasta sukarela keluar duit rm1.5juta kalau takde apa-apa imbuhan...PR kena selongkar siapa yg bayar psy tu....
penganjur nie mcm sideepaklah nanti...tolong..tolong...lepas tu kene pelangkong.....dgn sipolong....
Psy sudah datang dan pergi.
Yang bahalol tetap bahalol, dan jumlah yang bahalaol agak besar tidak kurang 3 juta.
Sebaik nya ketua mamat bahalol tu tak guna duit cukai rakyat bayar Psy ni.
Tapi, apa apa pun boleh jadi bila si bahalol menjadi bahalol bah.
Assalammu'alaikum,
Berlalu sudah konsert Psy.....
Penganjur menghadapi dua perkara mengaibkan......
1. Satistik sambutan yang juah dari yang dijangkan dengan perbelanjaan yang begitu besar rm2 juta, memang tak berbalaoi..... Pulangan pelaburan jika dikira dari segi pulangan yang menfaat tidak munasabah.
2. Apabila majoriti pengunjung cakap no to BN. Mengaibkan seorang pemimpin negara.
Kenapa perkara ini berlaku pada satu upacara perayaan rakyat yang sepatutnya diraikan oleh semua pihak dalam suasana, semua kaum dan semua idologi politik bergembira bersalam melontarkan ucapan selamat TBC.
Kita tidak sepatutnya menjadi opotunist mempolitikan Perayaan Rakyat. Sering pemimpin negara mengingatkan kita JANGAN POLITKAN PERYAAN RAKYAT, sambutlah dalam suasana harmoni, persaudaraan dan hormat menghormati.
MALANG SEKALI DS NAJIB telah menampakan kebodohan, ignorance, bebal dan 'political desperation' nya dengan MEMPOLITIKAN PERYAAN RAKYAT TBC menungkah arus saranannya sendiri.
Atas sikap itulah ia DIAIBKAN SEDEMIKIAN RUPA.....
BETUL KATA TUN M Najib pemimpin yang lemah.... Tokwan nak tambah lemah segala, fikiran, minda, pengawalan kabinet, anak-anak, kewangan dan ISTERI.
Jika ia hanya berhenti jeritannya pada ungkapan 'are ready for Psy???' Dengan respond "YES" x 3. Mungkin ia lebih dihormati dan tidak TERAIB dengan ungkapan politiknya (politcal cry) 'are you ready for BN?' Dan jawapannya "NO" x 3
Sungguh mengaibkan.
NAJIB TOKWAN NAK NASIHAT JADILAH LELAKI DEWASA DAN SEBENAR kawal anak isteri mu, kabinet mu, tahu bila masa bercakap politk dan tahu bila masa bercakap sosial. JANGAN MEMBENARKAN TEMPLAK TUN M MENJADI KENYATAAN. JIKA TAK MAMPU BERHENTI SAJA BERPOLITIK......
Tokwan Perak.
Bila pula Najib dilantik menjadi MC pada hari itu ? Dia ingat boleh mempolitiklkan persembahan ini untuk mamancing undi kaum Cina. Ha...ha.. ha, ini bukan kaum bodoh. Duit habis dapat malu pula.
Najib dah pening sebab buat program, habis juta-juta, tapi rakyat tak sokong
1 Malaysia rakyat sapu, tapi 0 untuk BN, rakyat Malaysia makin bijak berpolitik
Amalan membisu dan memberi jawapan yang bukan - bukan atas suatu isu yang dikemukan sudah jadi habit bagi pemimpin BN /UMNO. Ingat, selagi kau jawapan bukan - bukan dan membisu atas semua isu yang dikemukan kami disini akan menganggap "Ya saya yang lakukan". So UMNO / BN continuelah kamu membisu dan memberi jawapan yang bukan - bukan = "Ya saya yang lakukan".
Catat Ulasan