8 Jan 2013

Tan Sri Khalid Bidas Penipuan SYABAS Kaitkan Krisis Air Dengan Langat 2

Kerajaan Negeri kesal dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mengaitkan gangguan bekalan air dengan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), sedangkan ia tiada kaitan langsung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bekalan air sebenarnya mencukupi tetapi kegagalan Syabas menyelenggarakan Rumah Pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru mengakibatkan pengguna di kawasan berhampiran terjejas.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang melawat Rumah Pam Wangsa Maju, 2 Januari lalu mendapati, empat daripada lima pam telah rosak, manakala satu pam sedang diselenggarakan dan tidak beroperasi.

"Jawatankuasa ini mendapati pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor empat dan lima rosak pada malam 28 Disember lalu ketika beroperasi secara serentak.

"Dakwaan Syabas bahawa kesemua pam beroperasi melebihi had menyumbang kepada kerosakan pam adalah tidak benar kerana sepanjang 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari. Kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 juta liter sehari (JLH),
" katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Syabas sepatutnya memastikan kesemua lima ini berada dalam keadaan baik dan penyelenggaraan secara berkala perlu sebagai prosedur wajib yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, Syabas juga gagal menurunkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di bawah paras 30 peratus seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

"Jika loji baru dibina, kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak selesai kerana kelemahan Syabas.


"Kita mendesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius masalah ditanggung rakyat dan mempercepatkan proses penstrukturan semula dengan membenarkan Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan pembekalan air seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," katanya.

Semalam, Abdul Khalid bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri telah melawat Rumah Pam di Wangsa Maju bagi meninjau kerja-kerja pembaikan. -SH

Gangguan bekalan air tiada kaitan Langat 2

Hari ini saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah melawat Rumah Pam di Wangsa Maju bagi meninjau kerja-kerja membaiki pam yang menjadi punca gangguan bekalan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

Turut bersama saya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, Suhaimi Kamarulzaman dan Pengarah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Abas Abdullah. Mereka ini adalah antara orang yang akan bertanggungjawab menguruskan operasi air apabila kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

Saya telah mendengar taklimat daripada wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menerangkan bagaimana sistem pam itu berjalan dan saya mengingatkan Syabas menyelesaikan masalah ini dengan segera supaya operasi air kembali seperti biasa.

Saya juga mengingatkan Syabas tentang pentingnya sistem pemantauan dan perlu lebih pro-aktif untuk memastikan kelima-lima pam ini berjalan dengan baik serta lancar.

Berdasarkan laporan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang telah mengadakan lawatan ke rumah pam ini pada 2 Januari lalu, kita mendapati 4 daripada 5 pam telah rosak manakala satu pam sedang diselenggara dan tidak beroperasi pada masa lawatan itu.

Jawatankuasa ini mendapati pam nombor dua telah rosak sejak setahun lalu dan tidak diperbaiki kerana tiada alat ganti manakala pam nombor 4 dan 5 rosak pada malam 28 Disember 2012 ketika beroperasi secara serentak.

Dakwaan Syabas bahawa kesemua pam beroperasi melebihi had menyumbang kepada kerosakan pam adalah tidak benar. Sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari. Kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 juta liter sehari.

Kita tidak boleh menerima alasan Syabas kerana syarikat ini sepatutnya memastikan kelima-lima pam ini berada dalam keadaan baik dan penyelenggaraan secara berkala menjadi prosedur wajib yang ditetapkan dalam Standard Operating Procedure (SOP).

Syabas sepatutnya membaiki dan menyelenggara pam-pam ini sejak awal-awal lagi dan bukannya membaikinya apabila berlaku gangguan bekalan air.

Kerajaan Selangor kesal apabila Syabas mengaitkan gangguan bekalan air ini dengan pembinaan Loji Langat 2 sedangkan ia tiada kaitan langsung. Kita mempunyai bekalan air yang mencukupi tetapi oleh kerana kegagalan Syabas memastikan pam-pam ini dalam keadaan baik, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas.

Syabas juga gagal menurunkan kadar peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) di bawah paras 30% seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Jika loji baharu dibina, kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih tidak selesai kerana kelemahan Syabas.

Justeru, kita mendesak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius masalah yang ditanggung rakyat dan mempercepatkan proses penstrukturan semula dengan membenarkan Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan pembekalan air seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 atau WSIA.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa tempatan di Selangor kerana menghantar lori tangki air untuk membantu pengguna di Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat gangguan ini.

Kerajaan Selangor perlu menjaga kepentingan kepada pengguna di Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana jika Selangor mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi, Kerajaan Selangor bertanggungjawab membekalkan air secukupnya kepada rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kadar tarif sama dengan pengguna di Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah lah, Syabas kan dalam proses nak join Barisan Nasional. Politiking x abih2!!!

Tanpa Nama berkata...

Dicadangkn isu ini di bawa ke sultan..biar sultan tau dan bagi arahan apa patut dibuat..ni masalah rakyat..

Tanpa Nama berkata...

kenapa SYABAS dengan UMNO/BN sekata, sehati sejiwa? ada apa-apa ka?

Tanpa Nama berkata...

keadaan begini menyebabkan rakyat akan menyerahkan Putrajaya kepada Pakatan Rakyat untuk mengurangkan karenah birokrasi, insyaallah

NurWangi berkata...

Inilah bahana yang berlaku bila keperluan asas manusia dijadikan bahan dagangan individu. Projek swasta Mahathir adalah kesilapan yang sepatutnya boleh dielak.

Tanpa Nama berkata...

SYABAS atau syaitan yang dikenali? kami bersama jalan rasul dan para malaikat..

Osama berkata...

mesti adaaaaa...
Langat 2!
u scratch my back i scratch yr back!
i help u & u help me laa...

Tanpa Nama berkata...

Hello UMNO kau jangan anggap kami orang muda ini bodoh tak tahu apa - apa mengenai isu air dan latar belakang SYABAS yang sememang berkerja untuk UMNO bukan untuk rakyat. Jadi pastikan syarikat kroni ini dikenakan tindakan sampai dia bankrap.

Tanpa Nama berkata...

Selagi budak budak bahalol tamak nak kaya cepat ikut Sekim Cepat Kaya, rakyat yang merana. Kehidupan budak budak bahalol ini jugak tidak berkat, dan akan merana jugak kerana kekayaan mereka kecapi tak dapat bertahan lama dan akan jugak hancur ke tanah.

Ada ke budak budak yang air muka terang terang benggap lagi bahalol mampu menfaatkan kehidupan mereka untuk rakyat, malah untuk diri mereka sendiri jika niat hati dan hidup mereka bagai Qinzire di daratan.

Tepuk dada tanya selera nampak gaya nya.

Lagi mudahlah rakyat baik Melayu Cina India undi Pakatan Rakyat serah kerajaan bahalol kepada Pakatan Rakyat.

WarFitnah berkata...

HMM TAK HABIS2 ISU BASI.....WAHAI UMNO/BN CELAKA ! KORANG NIE DAD XDE MODAL KE, SAMPAI NAK GUNA ISU2 YG BODOH NIE ! WEI !!! KAMI SEMUA RAKYAT MALAYSIA YG TULEN NIE DAH LAMA MATANG LAA.....BUAT LAA 1 ISU YG LOGIK SIKIT, SETAKAT AHLI2 KORANG YG SEMEMANGNYA BODOH BIN BAGHAL AJE YG BUAT PERCAYA KAN. SYABAS (SYarikat Bekalan Air Syaitan)

Tanpa Nama berkata...

Bekalan air secara tiba-tiba tiada, kemudian beritahu sebab tak laksana Langat 2, apakah BN masih anggap rakyat bodoh

Tanpa Nama berkata...

SYABAS hanyalah alat UMNO, TUMBANGKAN BN di Putrajaya PRU13