Deepak dakwa nilai tanah Bukit Raja RM400j
Ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan berkata beliau sanggup membeli semula sebidang tanah di Bukit Raja yang dibeli Boustead Holdings Bhd dengan harga RM160 juta memandangkan tanah berkenaan kini didakwanya bernilai RM400 juta.
"Saya sanggup membeli semula syarikat dan tanah tersebut. Mereka bayar RM160 juta... Tanah itu bernilai RM400 juta," kata Deepak dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Deepak berkata beliau sanggup berbuat demikian memandangkan beliau boleh menjual semula tanah tersebut dengan harga RM400 juta, mengikut harga pasaran semasa tanah di kawasan itu.
"Jika saya letakkan tanah itu di pasaran dengan harga RM350 juta, saya masih boleh menjualnyna semula, dan bawa semua orang untuk cuti panjang di Maldives.
"Saya cuma mahu pastikan kerajaan Selangor akan memberi hakmilik tanah berkenaan kepada saya," katanya. -mk

Deepak tawar untuk beli semula saham Astacanggih
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menawarkan diri untuk membeli semula Astacanggih Sdn Bhd dari Boustead Holding Berhad, pembelian yang dikaitkan dengan pertukaran tanah kepada projek kontroversi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
Ahli perniagaan kontroversi itu enggan memberi sebarang komen terhadap penjualan syarikat tersebut tetapi mengatakan beliau mahu membeli kembali Astacanggih.
"Saya mahu membeli kembali saham dari Boustead," kata Deepak kepada wartawan di sini hari ini.
Dalam penyataan Bursa Malaysia yang difailkan pada 27 Disember, Boustead dikatakan memiliki Bakti Wira Developement Sdn Bhd membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih bernilai RM30 juta.
Boustead juga berkata saham tersebut dibeli dari Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti Astacanggih pada 20 Disember.
Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd pada 27 Disember untuk memiliki tanah milik kekal seluas 80.94 hektar di Klang, Selangor untuk RM130 juta.
Awan Megah adalah pemaju Puspahanas yang lambat menyiapkan projek, dimana projek ini dianugerahkan kepada syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah pada 2005 dan sepatutnya siap pada tahun 2011.
Walaupun projek Puspahanas yang bernilai RM100 juta dan pertukaran tanah tersebut mencetuskan kontroversi, Boustead berkata pembelian tanah tersebut adalah peluang untuk kumpulan tersebut meluaskan pemilikan tanahnya.
"Kita juga memiliki tanah untuk pembangunan seluas 283.28 hektar dari Jendela Hikmat Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki 60 peratus saham kepentingan oleh syarikat dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," menurut sumber Boustead lagi.
Boustead berkata mereka optimis dengan prospek tanah tersebut memandangkan ia berada di lokasi yang strategik.
"Permintaan untuk tanah industri di kawasan ini semakin meningkat dengan siapnya setor terbaru UMW dan kilangnya di Bukit Raja, Klang," katanya lagi. -TMI
1 ulasan:
Walaupun cakap deepak ada berbelit sikit (sebab tak mahu kena tindakan akta bafia maka itu dia buat bebelit sikit) Aktiviti Rasuah yang dibuat oleh UMNO Selangor adalah terang dan jelas. Saksi sudah ada bukti pun sudah ada ini bukan fitnah wahai datin so please jawab kalau diam atau jawab bukan - bukan tanda ya kau yang melakukannya.
Catat Ulasan