19 Jan 2013

SAMM: Rakyat Sedia Turun Ke Jalanraya Lagi


SSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran bahawa lebih ramai rakyat sedia keluar ke jalan raya pada masa akan datang.

NGO itu berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu lalu adalah lambang penyatuan rakyat.

Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan berkata, jika kerajaan menipu dalam pilihanraya yang menjelang tiba, jutaan rakyat akan keluar ke jalan raya.

“HKR telah membuktikan himpunan KL112 dapat berlangsung dengan aman tanpa kekacauan dari pihak polis.

“Peniaga juga mengecapi keuntungan luar biasa, begitu juga dengan pengusaha hotel dan konsortium pengangkutan awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira 100, 000 menghadiri perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lalu.

Menurutnya, kerajaan memberi kebenaran menggunakan Stadium Merdeka kerana mereka sudah panik dan terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, ini satu simbol kemenangan rakyat dan pastinya ia akan diterjemah secara positif dalam PRU ke 13. -FMT

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami menyokong penuh untuk keluar kejalanan lagi dalam bab jual ic.Pengkhianat negara bebas begitu saja.Tidak ada sebarang tindakan terhadap yang terang terang telah melakukan kesalahan.Mana Hakim,mana pegawai polis yang meyiasat.dan mana lagi kaki tangan yang bertanggung jawap terhadap negara.

Tanpa Nama berkata...

Perasan tak langsung tak ada desakan dtg dari mana2 org umngok utk PRU yg bebas dan adil? sebab apa?

Rakyat mahukan sistem pilihanraya yg bebas dan adil, adakah itu menjadi suatu kesalahan?

Harap SPR bersihkan terlebih dahulu daftar pemilih barulah diadakan PRU...

Beri peluang sama rata kepada Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat untuk dapat akses kepada media massa utama negara...

Tanpa Nama berkata...

Perkembangan menarik, orang muda makin berani menegak kebenaran....TAHNIAH ANAK MUDA