19 Jan 2013

MCA Dan UMNO Bertelagah Nak Sampaikan Bantuan Sekolah RM100

MCA dakwa Umno dominasi pemberian bantuan

MCA Wilayah Persekutuan membidas ketua bahagian Umno Wangsa Maju, Shafie Abdullah kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, dan mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju, serta menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Heng, dalam satu kenyataan hari ini, pengagihan bantuan tersebut di Parlimen Batu telah dilakukan dengan betul.

Menurutnya, di Parlimen Batu, bantuan kewangan kepada ibu bapa di sekolah kebangsaan disampaikan oleh wakil Umno, manakala wakil Gerakan, Dominic Lau menyampaikan bantuan kepada ibu bapa di sekolah Cina dan Tamil.

Heng berkata, bulan lepas Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur memutuskan untuk menjemput Shafie dan Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Yew Teong Lock sebagai wakil BN untuk menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di daerah Keramat.

Bagaimanapun, Heng mendakwa bahawa pegawai pelajaran daerah Keramat, Tajudin Mohamad Mor, di bawah pengaruh Umno Wangsa Maju, awal tahun ini mengarahkan semua guru besar sekolah rendah dan menengah hanya menjemput Shafie untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Heng menegaskan bahawa Yew, yang merupakan calon BN bagi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lepas, telah berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju. Yew menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

"Beliau harus mewakili BN untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju. Terdapat lima sekolah rendah Cina di Wangsa Maju, di mana wakil Cina dari BN sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, katanya, ini telah dimonopoli oleh Umno. -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm le duit tu mak bapak ameno yg punya...oiii pemimpin2 ameno...jgn le nk perasan..belajar le sedar diri tu. rakyat bukan bodo...rakyat tgh tgu bila najib nk bubar parlimen je lg.. bodo memantul2 pemimpin UBN...

Tanpa Nama berkata...

bagi la duit banyak mana pon.. hatta dua kupang sekali pon.. aku ku panjat bangunan sekolah tu nak mendapatkannya... duit amek.. undi lain cerita haaa...

Tanpa Nama berkata...

Bertelegah nak sampaikan duitkah atau bertelegah mahu pau RM100?? Yang saya nampak bertelegah nak pau RM 100. Biasanya bagi orang yang bertuhankan Riggit M'sia bukan Allah S.W.T.. Terus terang sahaja yang kau mahu pau duit RM 100 sudahlah tak payah nak berkias - kias sebab kami dah tahu dahpun niatmu itu.

Tanpa Nama berkata...

Ini lawak sungguh.

Nak bagi duit rakyat RM100 sorang pelajar kepada rakyat sendiri pun nak gadoh gadoh. Ngok benar puak puak Jahil ini.

Padan lah negara tak boleh semaju singapura, masing masing sebuk benda yang kecik...tahap otak benggap bahalol Kelas F.

XUMNO berkata...

Perompak bergaduh dengan penyamun.Betul kata Anon 1:28, mereka berebut untuk pau RM.BNgok ni tak pernah sedar diri, 2008 dah keram, 2013 ni akan tenggelam.Tapi mereka masih berebut2 nak merompak atas kapal b ocor tu.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana nasib sekolah agama dan tahfiz kerajaan negeri di bawah pakatan...jika dasar orang BN yg kena sampaikan wang tersebut bermakna melepaslah anak2 melayu islam nak dapat duit tersebut...bukan kah itu duit rakyat dan bukannya duit BN..Kerajaan apakah ini bila kutip cukai ambil dari semua rakyat tapi bila agih bantuan hanya untuk puak2 dia sahaja...Ya Allah hancurkan pemimpin yang zalim dalam PRU13 ini..amin..amin...ya Allah perkenankan suara rakyat yang teraniaya dan hancurkan manusia yang zalim...

Tanpa Nama berkata...

Biarkan UMNO Siluncai terjun dengan labu-labunya