Seremban - Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan ‘Janji Pakatan Rakyat’ tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi.
“Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN).
Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam. -SH
4 ulasan:
Biarkanlah mereka tu telanjangi sikap sebenar seperti yang lepas-lepas. Simbah cat, pecah cermin kereta, buat bising dekat ceramah orang, tikam dengan senjata tajam dan macam-macam lagi. Ada ke kita dengar dan lihat penyokong PR buat kerja jahat spt mereka?. Bukan tak boleh buat, lebih dari tu boleh. Tapi kita bukan perangai anjing, bukan perangai jerung yang banyak masalah. Istiqamah, insyaAllah kita doakan mereka insaf, sedar diri dan malu sendiri.
Jom Beramal Jariah : KLIK SINI
inilah gila meroyan nya BeEnd UMNO.
biaq kat depa,pasai setan dah jadi sahabat depa.
kerja ni akan terhenti bila PRU 13 nanti, kuasa sudah tak ada lagi.
Kau bakarlah 1 juta papan iklan manifesto wahai UMNO. Rakyat tetap mahu tumbangkan UMNO dan memastikan ajaran Islam dapat disampaikan di muka bumi ini sebagai tanda kita masih sayang dengan nabi kita Rasullulah S.A.W. Kepada rakyat yang sayangkan nabi kita Rasululah S.A.W., tumbangkan parti yang ingkar akan perintah Allah (UMNO dan sekutu dengannya) pada PRU akan datang sebagai tanda sayang kita pada Rasul sempena maulidur Rasul pada hari khamis ini. Ingat tidak ada gunanya kita bershalawat kepada Rasul kalau kita tidak tumbangkan parti cap dacing yang ingkar kepada Allah S.W.T.
Catat Ulasan