3 Jan 2013

Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.


Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?.

“Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu”.

Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. “Hebat Haji Hadi” ujarnya dengan bangga.

Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.

Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!

Oleh ~ Rossem Sem.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku golongan muda dah dengar balik apa kenyataan TGAH yang dikatakan amanat hj hadi oleh puak umNGOK..kesimpulanya SIAPA MAKAN CILI DIA RASA PEDAS..DLM HAL NIE MMG umNGOK YANG TERASA PEDAS..

Tanpa Nama berkata...

wa sokong lu la bro.. kita org baca statement tu,akan terpikir KENAPA..diulangi KENAPA Hj Hadi kata gitu.Jadi kita akan cari KENAPA sampai punca..iaitu keburukan UMNO. slot RTM utk Hj Hadi secara live ditolak,cancel.. sbb jika live kita org muda akan tau penjelasan sbnr Hj Hadi..kira pecah la keburukan umno.

Berkenaan 'amanat Hj Hadi', mintak bro/sis tanya KENAPA..yakni mesti ada sesuatu yg tragis sampai Hj Hadi kata gitu.. kita makan kerana lapar,so begitu jugak Hj Hadi..

Tanpa Nama berkata...

fitnah dari umno ini fitnah orang yang terdesak. kerja org tidak beriman.
mereka sanggup melaga lagakan orang menggunakan adu domba..
demi meraih undi untuk terus berkuasa. supaya mereka terus dapat buat dosa bermaharaja lela. teruskan greenboc. kerja awak satu ibadah.

ni jumpa satu lagi blog baru yg sempoi je i tengok. http://astanakandis.blogspot.com/
unik dan ada power dari segi penulisan yang kreatif. kredit pada nadia yg share tempoh hari di sini.

i pun sokong jika greenboc sudi letakkan link untuk blog astanakandis. agar memudahkan saya dan pembaca lain melayari antara keduanya.

salam hormat
-Cik Salju

Roza berkata...

Kisah sebenar yg dikatakan amanat Hj Hadi mesti dibongkarkan, bukan cerita sekerat2.Mengapa Hj Hadi mengeluarkan kenyataan yg sedemikian? Itu kisah yg disembunyikan.

Tanpa Nama berkata...

Kami orang muda UMNO baru tahu amanat hadi mengikut al quran dan hadis, bermakna sudah lama tertipu

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Bila si Benggap menjadi pemimpin, maka kebenaran yang ingin ditutupi akan di buka pada umum untuk pengajaran.

Tahniah DUMNO....namun masih sedih kerana jutaan orang orang Melayu yang masih menjadi benggap mempertuhankan DUMNO dalam kehidupan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bru sorg..klu bt live msti rmai lg masuk Pas.

bewox air berkata...

alhamdulIllah...

aku suka tengok bebudak skang ni.. dah semakin bijak.. tidak menelan bulat2 apa yg di beri kpd mereka...