Alor Gajah - Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM.
Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali.
“Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian.
“Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah,” katanya.
Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan.
“Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu.
“Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia 'scan' seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja.
Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang,” katanya.
Dia berkata, selesai ‘pemeriksaan’, wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan.
“Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang.
“Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada,” katanya.
Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian.
“Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati.
“Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

4 ulasan:
Itulah lain kali x payah lah nak pakai barang kemas banyak2. Penjenayah ni mesti dah 'mark' lama dah ni. Dia dah tahu bila cucu nenek ni akan keluar rumah. Dalam banyak rumah di kawasan kampung tersebut, mereka x cari rumah lain (jiran kata kereta tersebut dah 30 minit berlegar2 kat kws rumah).
Kpd wanita2 khususnya, x payah la nak menunjuk2 barang kemas. Ada duit, simpan je kat dalam bank.
Setuju anon 8.09.
Ibu saya kat kg tak pakai barang kemas, sbb dah dijualkan & wakaf, tapi satu hari sdng sembang2 di bah luar rumah dgn jiran yg pakai brg kemas, didatngi seorg wanita muda yg kononnya nak cuci barang2 kemas jiran ibu saya tu.
Bila menantu ibu saya tiba2 join sama nak tau apa cerita, cepat2 wanita tu minta diri, rupa2nya ada sebuah kereta pemandu lelaki sdng tunggu.
Sekarang ni macam2 cara org nak dapat duit. Yg pemimpin cara lain, rakyat cara lain.
kesimpulan sbb tu la ramai pakcik makcik datuk nenek kena tipu sama umno..hihi
Keprihatinan kejiranan perlu ada. Kalau jiran prihatin tentu mereka bertanya pemandu kereta yang dah 30 minit dok meronda tu, tak pun catat nombor kereta tu !
Catat Ulasan