14 Jan 2013

Isu Kanak-kanak: UMNO BN Boleh, Org Lain Tak Boleh, Mengapa Dwi Standard?


Mengapa ada kanak-kanak di himpunan Najib?

Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Semenyih semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.

Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.

“Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?

“Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?

“Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai," kata Barathidasan. -mk

Ulasan GB

Dah bagus dipuji-puji kerana berjaya mengawal keselamatan semasa #HKR 112, tiba-tiba polis buat kenyataan nak siasat penganjur.

Cukup tak senang mereka apabila perhimpunan itu berjalan aman.

Sekarang cari isu untuk memburukkan HKR 112 diantaranya konon ada perlanggaran ke atas syarat-syarat yang mereka kenakan terutama membawa kanak-kanak.

Bukankah perhimpunan itu aman, perhimpunan itu halal dan perhimpunan itu santai?

Bukankah tiada sebarang insiden yang tidak diiingini berlaku?

Di dalam program-program anjuran UMNO BN kenapa tiada larangan seperti itu?

Tindakan polis yang dwi standard itu amat menjelekkan. KPN perlu menjawab dan SUHAKAM perlu siasat PDRM mengapa wujudnya sikap dwi-standard ini!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

smoga allah memberi pertunjuknya pada mereka mereka yg dah buang tebiat....

paktehku berkata...

... anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri semalam,mereka hadir adalah untuk menyerahkan borang menjadi ahli UMNO kot ...

Pak Lubis berkata...

Agaknya perhimpunan di Semenyih itu entah dapat kebenaran dari pihak polis atau pun tidak ?

Tanpa Nama berkata...

Umno laknallutah double standard..comang spana..krajaan umno mmg dh xmsuk akal dh..dh mmg xreleven lg..hnye org gila aje yg mnykong umno..

Tanpa Nama berkata...

POLIS DAN BN RAJA DIMALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

Mereka takut anak kecil main api...kah kah takut ngn anak2 kecil smpi cmtu..mcm nmpk hntu

Tanpa Nama berkata...

Macam macam....

Buat habis beras aje.

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt dgn anon 12:21PM,

HANYA ORG GILA SAJA YG MENYOKONG AMNO.

jadi pd yg masih ada hati pd amno, cepat2 pegi check mental atau jumpa pakar sakit jiwa, mana tau kot dah lama gila hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Perkara yang sama (perhimpunan bawa kanak-kanak bawah 15 btahun). BN/UMNO boleh buat, tetapi PR tak boleh buat. Dah naik naik menyampah dengan kerajaan BN.

BN paksa pegawai dan kakitangan kerajaan hadir majlis UMNO bagaimana pula?

Tanpa Nama berkata...

Oii UMNO kau fahamkah apa tangungjawab Ibubapa kepada anak? Anak tidak dibawa siapa mahu jaga anak kami? Takkan kau nak suruh kami serahkan kepada ibu bapa kami atau penjaga yang mana ianya sepatutnya tangungjawab kita? Inilah satu satunya parti yang betul - betul tak faham fitrah ciptaan manusia. Make sure pada PRU nanti undilah parti yang faham akan fitrah ciptaan manusia bukan parti cap dacing yang cuba menentang fitrah ciptaan manusia. Ingat menentangkan fitrah ciptaan manusia = derhaka kepada Allah S.W.T.