Umar Muhammad Aziz, seorang pelajar kolej swasta yang dijatuhi hukuman sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat penangguhan hukuman oleh mahkamah pagi ini.
Peguam Umar, Syahredzan Johan memohon mahkamah supaya hukuman penjara sebulan dan denda RM1000 kerana didakwa menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ditangguh sementara keputusan rayuannya disebut semula.
Bagaimanapun Umar tidak hadir kerana masih ditahan di Penjara Kajang, Selangor sejak dijatuhkan hukuman pertengahan minggu lalu.
Umar dibenar diikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan kesnya didengar semula.
Syaratnya, dia tidak dibenarkan menyertai mana-mana perhimpunan atau demonstrasi tanpa permit dari pihak berkuasa.
Umar seorang pelajar tahun akhir jurusan diploma dalam jurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Hulu Klang.
Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada “menangkap dan mengiringi” aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.
Sementara itu, pelbagai pihak menyokong agar keluarga Umar menyaman Pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.
Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.
“Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.
“Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan,” kata Shamsul, TVSelangor melaporkan.
Umar dibawa ke Penjara Kajang petang kelmarin bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.
Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan.
“Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan.
“Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara,” katanya.
12 ulasan:
bro.. kita sama2 HASUT org2 muda yg layak mengundi,,kasi balun habis2 itu group PRU13.. minta jgn guna ayat 'AJAK/PUJUK' ..guna HASUT sbg simbolik & perli.
Kasi malu itu org,mana ada org muda sokong BN..
Antara merogol anak gadis di bawah umur dan berdemo disecara aman yang mana lebih serius ? Yang merogol diikat bond tapi yang berdemo secara aman didenda dan dipenjara, ini menunjukkan seleceh mana sistem kehakiman negara kita dan menunjukkan mengapa kritikal nya untuk rakyat menukarkan kerajaan.
ssh kalau ada kes mahkamah ni
INILAH CARA ALA ZIONIS MENGHUKUM RAKYAT YANG MENUNTUT KEBENARAN & KEBEBASAN ! ABU !
apa pun alasan diberikan
atau syarat2 dikenakan.
penangguhan penjara umar
merupakan kemenangan pada
mahasiswa dan anak2 muda.
oleh itu, marilah kita
ramai2 meramaikan
demontrasi 112 nanti.
syabas umar, syabas anak2 muda.
wahai! anak2 muda
belalah tanahairmu.
siapa lagi, kalau bukan kamu.
- rintihan paktua.
saudara-saudaraku sekalian, welcome to malaysia. Bapak curi susu bagi anak mkn dpenjara 3 bulan.laki Sharizar lombu curi duit lombu rm 250 juta boleh main tarik tali dgn mahkamah. Welcome to malaysia.
Rasa malu dengan sistem kehakiman di negara sendiri.
Kita rakyat pula yang malu.
Hakim tak malu ke?
Agaknya, muka mereka tu
ditampal dengan kulit babi tak?
Umar kempen rakan pelajar IPT dan keluarga masing-masing tumbangkan BN PRU13
TAHNIAH UMAR DIPENJARAKAN MACAM PRESIDEN MANDELA DI AFRIKA SELATAN
Umar pejuang kebebasan dari penjajahan UMNO
Gua penah lepak mnm dgn umar skali dan geng gerakan mahasiswa dkt shah alam..time bru selesai debat antara rafizi dan kj..ape2 pon umar wa ttp support lu bro..wlpn knl skejap..xpi perjuangan kt ttp sama!
Catat Ulasan