Rashid: Suruhanjaya diraja perlu kaji sistem pilihan raya
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.
Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."
"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.
"Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu!
"PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik.
"Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu.
Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju."
Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain.
"Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh.
"Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau.
Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah."
Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.
Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada ‘quick fix’ semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama).
" "Tuntutan-tuntutan itu nampaknya.... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi.
"Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya.
Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu.
".... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil.
"Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi.
Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi.
Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu. -SH
Ulasan GB
Dah pencen baru Tan Sri Rasyid ni bersuara mengenai perlunya Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perjalanan SPR>
Tapi kira oklah juga, sekurang-kurangnya beliau telah mahu untuk menyuarakan kebenaran dan keadilan daripada terus berdiam diri terhadap segala kebobrokan yang berlaku di dalam SPR.
Jadi kerajaan jangan buat pekak telinga!

10 ulasan:
penyakit sindrom orang2 pencen..
Mula2, Deepak.
Kemudian, Musa.
Kini, Rashid.
Next, siapa?
Sudah pencen pun takpa.
At least something.
Mampoooos... BN/UMNO.
Rashid ni, tak tau lah dosa dia kat rakyat malaysia. Sorang dua bolehlah ampun, tapi ni berjuta pengundi yang ditipu oleh spr masa dia jadi boss spr dulu. esok di akhirat nak jawab apa? nak minta tolong presiden umno? fikir fikir kanlah.
sebelum pencen miss soru maa..almaklumla "rezeki di tangan kerajaan barisan nasional" kahkahkah
Persempadanan yang dibuat oleh SPR dizaman Mahathir Kutty,hingga bentuk kawasan-kawasan pilihanraya macam bentuk hali - adalah hasil kepala otak Rashid Rahman semasa dia jadi Pengerusi SPR dulu.Rashid mudah lupa,tapi Melayu Bukan UMNO tak akan lupa.
Deepak.
Musa.
Rashid.
Tanda2 BN/Umno
nak kalah PRU13lah tu.
Kalau tidak, takkan burung
tempua nak bersarang rendah.
Mereka pun, pandai juga
nak selamatkan diri.
Sekilas ikan di sungai
sudah tahu jantan betinanya.
Alahai, anak2 abah.
Dah pencen baru berani bersuara? Aku pasti hidupnya tak tenteram atau anak2nya tak menjadi manusia yg diharapkan atau rumah tangganya porak peranda atau projek dah disapu oleh kroni BN yg lain. 10tahun jd pengerusi takkan tak ingat halal haram.? Dasar manusia munafiq!
Semua orang nak cari mkn anak bini.
Semua yg mkn gaji masing2 jg periuk nasi.
Betul2; setuju; deepak; musa; rashid; dan seumpama masing2 takut bn jatuh.sbb tu paling tadah.baru nk pecah tembelang. Nnt mengharapkan pakatan melupakan dan memaafkan. Jgn harap! Salah tetap salah; bicara dulu!
Catat Ulasan