24 Dis 2012

[GAMBAR & VIDEO] Kuantan Tenggelam Dilanda Banjir Kilat


Kuantan - Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami kesesakan lalu lintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Antara jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Di kawasan Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah paras air sebatang anak sungai di sini melimpah dan naik sehingga 1 meter.

Tinjauan juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.

Sementara itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.

Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika paras air Sungai Tembeling naik.

Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.- Bernama








15 ulasan:

kampong lad berkata...

marilah kita bersama2 berdoa agar keadaan ini pulih spt sediakala secepat mungkin & tenggelamkan umno/bn

ayba berkata...

Jadi... sesiapa yang berada di negeri PR memerintah yang rumahnya dilanda banjir, kemudian berkira-kira mahu menyalahkan MBnya kerana tidak menjaga parit dan tali air sampai rumahnya banjir, maka hendaknya berfikir 2-3 kali.

Tanpa Nama berkata...

itu baru banjir.
kalau lynas?
tak taulah apa nak kata.

Ngah Phg asal Melaka berkata...

kebanyakan org hendakkan umno tenggelam terus selepas PRU 13 ini oleh kebanjiran airmata rakyat yg dah bnyk disusahkan dan diderakan oleh umno/bn kerana ketamakannya dgn kroni dan anak2nya sedangkan rakyat sempitnya dlm kehidupan..

Tanpa Nama berkata...

air kat pahang melimpah ruah, itu sebab nak salurkan ke selangor :)

maie1958 berkata...

nak bagi tau pahang nak jatuh ketangan pr..amin!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan sistem perparitan dan pengairan di Pahang tidak bagus juga. Dulu kalau Kelantan banjir selalu kena perli, katanya kerajaan negeri tidak menyediakan sistem perparitan yang bagus.

Sekarang terkena batang hidung sendiri baru tau. Ingat ini kerja Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pekan tmpt Ah Jib tak tunjuk ke bang..ntah berape kaki air naik agaknye..

Tanpa Nama berkata...

Begitu lah klu allah menghendakjan sesuatu

Tanpa Nama berkata...

subhanallah...sama mcm kedah dulu banjir tahun 2010..kini giliran pahang pula..

Tanpa Nama berkata...

bala dari Allah SWT mengingati rakyat supaya jangan cari kehidupan tak halal yang tiada keberkatannya. hidup mati rakyat bukan ditangan keuntungan niaga judi atau bisness haram yang lain; rakyat perlu sedar dan ubah pemimpin yang jahiliyah dan munafiqkun. potong sesiapa telinga tidak berguna jika hati nya hitam bak najis khinzir. ubah ke kepimpinan Islam yang dipertunjukan dalam Sunnah dan Al Quran.

muzium padi gunung kheyang berkata...

apapun, mesti ingat,ini bala dari
ALLAH!
Tak yah takbur mau terjun sungai pahang,air dah mai kuantan!

Tanpa Nama berkata...

mari kita berkuhasabah........setiap keiadian..ada hikmahnya

Tanpa Nama berkata...

Bayangkanlah kalo banjir berlaku di projek lynas be-end? Tak mustahil banjir akan melanda kwsn tersebut. Wahai mereka2 yg terlibat dlm kelulusan projek sisa toksik lynas, sedarlahh akan bahana dan ancaman yg akan menimpa sekiranya kawasan tersebut dinaiki air. Fikirkanlah sebaik mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Utusan meloya dari 19-22hb 12 melalui laporan bersiri menyerang Kerajaan Kedah dengan projek pembalakkan boleh menyebabkan banjir yg dahsyat. Ini apa cerita di Pahang ni? Pembalakkan di Kedah menyebabkan banjir kilat di Pahang..hee..he..