Pemimpin Pakatan Rakyat mendesak agar polis berlaku adil dan mengambil tindakan segera terhadap individu yang menyerang ceramah PR di Batu 8 ˝ Gombak semalam yang menyebabkan lima orang tercedera.
Pemimpin Pas dan PKR berkata kegagalan polis untuk bertindak dengan tegas dan segera terhadap individu yang disyaki akan mencemar reputasi polis.
Lebih buruk lagi, kegagalan untuk mengambil tindakan akan memberi gambaran bahawa polis bersekongkol dengan individu-individu tersebut.
Penyelaras DUN Gombak Setia, Salehuddin Nasir berkata, polis hanya bertindak setelah serangan secara bertubi-tubi dilakukan hingga mencederakan orang ramai, sedangkan polis sedia maklum mengenai ceramah itu beberapa hari sebelumnya.
Beliau mendakwa serangan tersebut diketuai oleh pemimpin Pemuda Umno Gombak dan melibatkan ahli Umno Gombak, Wanita Umno Gombak dan anggota NGO.
Menurutnya, ekoran insiden itu, dianggarkan lebih lima individu mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan tangan akibat terkena objek keras, malah khemah juga musnah teruk.
“Kita telah maklumkan pada pihak polis dan sehari sebelum ceramah itu berlangsung, ada anggota polis daerah Gombak yang datang melawat menunjukkan bahawa mereka tahu ada program pada malam itu.
“Saya sendiri telah serahkan surat melalui email kepada Ketua Polis Daerah memberitahu maklumat berhubung ceramah itu,” kata Salehuddin apabila dihubungi TVSelangor.
Keadaan di ceramah di Dataran Sharuddin di Batu 8 ˝ Gombak semalam menjadi kecoh apabila pergaduhan berlaku di antara sekumpulan ahli Umno dan penyokong PR.
Salehuddin mendakwa seorang penyokong PR ditikam dengan Kerambit manakala batu bata dilemparkan ke arah peserta ceramah tersebut yang di dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat.
Ceramah itu menampilkan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, bekas Adun Ayer Molek, Melaka Datuk Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata sekiranya polis gagal mengambil tindakan ia boleh mengalakkan orang lain untuk mencetuskan serangan yang serupa.
“Tidak mustahil keberanian mereka ini berpunca daripada sikap pihak polis juga yang seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang.
“Kejadian provokasi dan keganasan yang dicetuskan juga seolah-olah memberi signal ‘isyarat’ bahawa mereka ini akan melakukan tindakan lebih ganas di luar keterbatasan yang dibenarkan,” kata Shuhaimi lagi.
Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama.
Sebelum ini, sebuah ceramah Anwar di Lembah Pantai turut dibaling dengan batu sehingga seorang hadirin tercedera di kepala.
Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin PR berceramah ke seluruh negara juga telah diserang beberapa kali di Kota Baru dan Melaka dengan disimbah dengan cat dan dibaling batu. -selangorku

8 ulasan:
bukan reputasi polis jer tercalar...turut sama reputasi kedua2 parti, reputasi KDN, reputasi pemimpin, reputasi negara dan reputasi NGO. Buat apa lah kita kacau majlis orang...dah la tidak dijemput buat huru hara dan provokasi plak...sementelah tuah rumah pula bawak2lah BANYAK bersabar, jgn sama sekali dilayan puak2 desperado ini...kan dah gini jadi nya...ambillah iktibar drp kejadian dn peristiwa terdahulu...next time venue ceramah tu dikawal ketat seketat2nya dan bina tembok sekeliling...entah lah semakin susah nak cakap la ni...skang ni org jahat banyak sangat melebihi org baik...
selaras dengan hak demokrasi. Polis xdiperlukan lagi untuk kawal ceramah. Buat semak je. Lepas ni pandai2 la penganjur dan penduduk handle crowd. Ada masalah datang repot balai. Kami bukan kesah pun polis datang ke x time jaga ceramah. cukupla cik rela jaga lalu lintas. Polis g kejar penjenayah daripada menyemak kat tapak ceramah
Semasa PAU wakil Lynas dihalang dan dihalau dari dewan dan mereka diberitahu supaya jangan membuat kacau di PAu, tapi apa samseng-samseng ini buat sekarang?
Memang macam orang kata lidah biawak bercabang dua. Haram jadah, suruh orang jangan buat dia sendiri pula yang buat.
kalau diberi satu siaran TY utk pembangkang kan senang tak payah lagi nak ceramah dan tampal poster merata rata..... berilah kebebasan utk pemimpin kami berhujah cerita keadaan sebenar kedudukan malaysia terkini dan menangkis segala tohmahan dari fitnah pemerintah... kalau kata2 pemimpin kami tak betul kan senang boleh saman... kami hadir dgr ceramah sbb nak tahu keadaan ekonomi dan politik malaysia kini,,,jgn lah menganggu keharmonian PR
cukup cukup lah waha parti keparat umno bn nie,mcm nie ke cara nk mintk org sokong.memalukan.budak2 yg diupah pun sama bangang.dpt upah rm10 atau rm20 tapi ketua2 diaorg dpt 10-20 juta.kenapa lah bodoh yaamat..umno nie akan buat apa saja untuk kekalkan kuasa.kerana kalau kalah suluruh generasi diaorg akan miskin.dah biasa mencuri duit negara,curi duit rakyat,menipu rakyat.bila dah takada kuasa habisla sumber mereka.pastu takut diheret kemuka keadilan dgn segala yg telah diaorg buat masa berkuasa.renung renung kan lah betul atau tidak.
sya yakin PDRM akan siasat kes ni sebaiknya bg memulihkan reputasi & imej pasukan yg telah tercalar akibat perbuatan anasir2 luar...tolongla jgn perlekehkan tgas polis..kter spatutnya berterima ksh pd mereka sbb menjge keselamatan ngara & rakyat jelata..mereka berkhidmat utk negara..berkorban masa,tenaga n kluarga...tanpa PDRM ngara kter akan kucar kacir...jgn sbb NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA...
Dalam beberapa ceramah Pakatan Rakyat terbukti PDRM telah gagal mengawal keamanan.Sudah sampai masanya ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dikawal sendiri oleh pemuda-pemuda Pakatan Rakyat tanpa mengharapkan PDRM.Sekiranya ceramah-ceramah itu diserang dan diganggu oleh samseng-samseng UMNO - Tepuk Dada Tanya selera.
Bapak Ketua Pemuda Umno ni yang pernah di buang di Pulau Jerejak dulu ke? Bapak samseng, anak samseng.
Catat Ulasan