Insiden berdarah Gombak, Umno ulangi tragedi 13 Mei – Shamsul
KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan samseng Umno terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera berdarah membuktikan peristiwa 13 Mei akan diulangi Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau merujuk ucapan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpuann Agung Umno (PAU) tempohari yang menyatakan peristiwa 13 Mei bakal berulang jika Pakatan memerintah.
“Baru saja Shahrizat mengingatkan kononnya jika Umno tidak lagi memerintah, suasana tegang akan bermula dan peristiwa 13 Mei akan berulang,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika dihubungi.
“Inilah bukti kebenaran kata-kata beliau bahawa peristiwa itu memang akan berulang kerana dicetuskan samseng Umno yang mengamalkan politik ganas,” tempelak Shamsul.
Dalam teks ucapan Shahrizat, antaranya menyatakan bahawa:
“... Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi di negara kita…” Shamsul turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru meminta maaf kepada rakyat dalam PAU.
“Najib baru saja minta maaf kepada rakyat dalam Perhimpunan Umno atas segala kesilapan. Hanya beberapa hari, perkara begini (serangan) terjadi. Apakah Najib tak ada kuasa untuk halang sayap pemudanya?” tegasnya.
“Apa pula pendirian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kononnya sering melontarkan idea bernas? Kenapa biar politik ganas menjalar? Mustahil beliau tak tahu isu ini,” katanya.
Tegas Shamsul, polis perlu ambil tindakan segera dan mengheret pihak bersalah yang menyebabkan kecederaan terhadap penyokong Pakatan ke mahkamah.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Shahrizat berdebat berhubung isu ‘Tragedi 13 Mei 1969 dan Perpaduan Nasional’.
Timbalan Ketua Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan debat ini menunjukkan kesediaan DMPP menjawab segala tuduhan dan kenyataan Shahrizat di PAU, 28 November lalu.
DMPP mahu Shahrizat sendiri berdebat dengan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
“Kenyataan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Bukti SMS Umno arah provokasi ceramah Gombak
KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa ‘arahan’ beberapa hari sebelumnya.
SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak.
SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi.
Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung.
“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.
Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno.
Berikut SMS tersebut:
1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.
2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak).
Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini.
“Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu.
Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -KD
4 ulasan:
13 mei version2 diantara melayu islam umno/bn vs melayu islam pakatan rakyat. awat la ada lagi puak2 ni dikurun 21 yg masih buta perut. simpang malaikat 44
dah report pun pada polis utk standby kawal keadaan.
tapi polis x wat pape sebab kene ikut polisi si menteri isapmudin yg nak polis jadi pekak,buta dan bodoh macam dlm filem tamil jika bantuan diperlukan parti pembangkang.
samseng kampung dusun membakar satu kampung dek kerana pertunangannya diputuskan
sebabnya;
samseng ini telah nampak bekas tunangannya ingin berpaling kepada pemuda yang baik walaupun tidak berharta dan berkerjaya...
moga lakhnat dan kemalangan di dunia kepada diri & keluarga samseng umno yang ingin bangkit sejarah 13 may.. amin
Catat Ulasan