Lagi demo anti Malaysia di Jakarta
JAKARTA: Laskar Merah Putih membuat demonstrasi sekali lagi di depan pejabat kedutaan besar Malaysia. di Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan hari ini.
Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.
Mereka mahu bertemu dengan pihak kedutaan besar Malaysia.
“Niat kami berbicara baik, jangan sampai kami terus teriak menghina ka,” kata anggota Laskar Merah Putih menggunakan pembesar suara .
Tapi keinginan mereka ditolak.
“Mereka nggak (tidak) mahu bertemu pendemo,” ujar ketua polis sektor Setiabudi, AKBP Lalu Muhammad Iwan Mahardan.
Namun pendemo tetap menginginkan perwakilannya masuk ke pejabat kedutaan besar. Pendemo mengancam akan mengerahkan puluhan ribu anggota Laskar Merah Putih untuk mengepung kedutaan.
“Dalam dua bulan ke depan kalau kedutaan besar Malaysia tidak mahu menerima kita, 50 ribu orang akan kita turunkan, apapun risikonya. Panglima-panglima di wilayah rapatkan barisan, kita akan datang ke sini,” teriak pendemo.
Mereka menuntut proses undang-undang terhadap tiga polis Diraja Malaysia atas kes pemerkosaan TKW.
“Kami menuntut mahkamah Malaysia juga memulangkan kembali wang jaminan 3 polis dan hukum setimpal-timpalnya,” ujar pendemo.
Ulasan GB
Sebelum ini GB sudah ulas. Laporan BERNAMA yang telah menyiarkan berita dusta dan tidak tepat berkait dengan demonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara menyemarakkan lagi kemarahan orang Indonesia.
BERNAMA sebelum ini melaporakan "yang hadir menunjuk perasaan itu kira-kira 20 orang sedang media massa Indonesia mnelaporkan angkanya ialah 1,000 orang."
Nah, sekarang mereka berhimpun lagi.. 20 orang jugakah BERNAMA?
Dan mereka berjanji untuk turunkan 50,000 orang!
Pada pendapat GB orang yang sepatutnya dihantar untuk bertemu pendemo-pendemo berkenaan ialah Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim! Berkemungkinan hanya beliau yang boleh mententeramkan pendemo-pendemo itu.
klik untuk baca
9 ulasan:
Inilah akibatnya bila m'sia brtuankan umno....hancur umno gantkan dgni krjaan baru dfru13 nanti.
semoga sukses selalu
jangan lupa mampir balik ya gan
Mana pergi pejuang dalam PAU yang baru lalu yang begitu berkobar dan kelantangan suara?Ini lah yang di katakan mantan KPN ....kita kena perbetulkan.
cewah cewah...nak perangi mesia...ni mcm iraq serang iran...sapa tepuk tangan???
Nak suruh Rais anak Yatim pegi sana...hahahaha lawak2 dia sdri pun 2x5.. tk pulak diorg demo sakan!! sbb apa? dh kena suap dgn $$$$ biasalah Indon asal duit sumer boleh beli... Amah tu skrg dh kaya raya woo buat rumah mewah lagi...
Mana ahli silat pemuda UMNO Gombak.... mana?...mana?
Mana UMNO, Pekida, perkasa, kenapa diam je masa Laskar merah Putih demo depan kedutaan Malaysia. Pergilah Jakarta lawan diorg.Korg kan dah rembat duit projek dgn duit perlindungan berjuta2, takkan takde duit nak pergi jakarta? Atau korg memang takde telur....kahkahkah.
Apalah UMNO dan juak-juaknya...
jgn disebabkan NILA SETITIK HABIS ROSAK SUSU SEBELANGA...mereka pun manusia biasa juga..xlepas dr melakukan keslahan sme spt manusia y lain...biarla pihak yg berwajib menjalankn siasatan & diadili dgn seadil2nya...kes ni msh dlm siasatan...jamin itu tidak bermkna kes telah ditutup..siasatan msh dijlnkn...
Catat Ulasan