12 Dis 2012

Pahang Dan Terengganu Berebut Kawasan Telaga Minyak Bertam


Telaga Bertam milik Pahang atau Terengganu, soal Pas

SHAH ALAM - Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kedudukan sebenar kawasan telaga minyak PM307-Bertam sama ada ia berada dalam perairan Pahang atau Terengganu kerana ia turut dituntut oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Parti itu mendakwa Najib pada Oktober lalu ada mengumumkan bahawa penemuan medan Bertam sebagai hak Pahang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan perkembangan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu semalam, maklumat baru timbul menyatakan bahawa telaga minyak tersebut dijumpai di perairan Terengganu dan bukannya Pahang.

"Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata syarikat cari gali minyak di kawasan berkenaan iaitu Lundin Oil mengesahkan tentang penemuan itu dan menyatakan ia berada di kawasan negeri ini (Terengganu).

"Kita tidak mahu Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat... kerana ini tidak sepatutnya berlaku dan memalukan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan penemuan kawasan telaga baru tersebut, bahkan turut menyatakan dengan penuh komitmen bahawa Pahang akan diberi wang ihsan sebanyak RM100 juta setahun.

"Pengumuman ini dilihat satu perkembangan baru yang menarik, untuk usaha penerokaan kawasan minyak di Pahang yang turut disahkan mempunyai kawasan minyak dan gas.

"Pas Pahang berharap Perdana Menteri tidak bermain politik dalam hal ini. Penegasan dari beliau akan meredakan ketegangan antara dua negeri yang turut menuntut medan Bertam sebagai hak negeri mereka," katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata, Kerajaan Pahang seharusnya turut menjalankan kajian bagi pengesahan kawasan penemuan minyak tersebut, dan sekiranya benar ia berada di perairan Pahang, wajar menuntut pembayaran dari Petronas dan Kerajaan Pusat mengikut Perjanjian Petroleum 1974 sebagai royalti.

Semalam, Ahmad berkata, kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.

Ahmad berkata, kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya.

7 ulasan:

Remangganu berkata...

Alhamdulillah, kaya Ganu kite weh !

Tanpa Nama berkata...

Bertam milik kami! KAMI tu rakyat ganu @ VIP @ umno ganu???

fikir2 kan...

Tanpa Nama berkata...

Saya tak ambil tahu sama ada ia milik terengganu atau pahang. walaubagaimanapun isu minyak sudah menampakkan sifat tamak haloba pemimpin UMNO Terengganu, Pahang dan PM sendiri, seolah - olah minyak itu diorang punya. UMNO oh UMNO minyak tu kau punya atau rakyat punya?

Tanpa Nama berkata...

Pahang tak pernah ada minyak, kalau ada minyak pun tu dia di puncak Genting Highland. Ada hikmahnya Pahang tiada minyak ni, kalau ada kekayaan minyak makin papa kedana lah rakyatnya.

ahmadyani berkata...

Kena buat tanding tinju antara MB Ganu dengan MB Phg, macam Labu Labi. Siapa menang, Minyak dia punya!

Tanpa Nama berkata...

bukan tamak haloba bro...duit minyak ini untuk negeri,rakyat jugak dpt faedah...bkn personal.....

MEGAT PANJI ALAM berkata...

ASSALAMUALAIKOM..KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM...///,
Bagi saya ada baiknya kita perjuangkan apa yang memang milik kita...Kurniaan Allah subhanahuwataala kepada Rakyat Negeri Terengganu.
Anak-anak dapat keputusan peperiksaan Cemerlang dan masuk Universiti di bagi duit galakan lagi sebagai hadiah kerana belajar bersungguh-sungguh dan agar mereka belajar bersungguh, sebahagian yang telah di salurkan oleh kerajaan negeri kepada anak negeri Terengganu

Sebagaimana yang kita tahu Negeri Terengganu adalah merupakan Peratusan tertinggi diantara negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai Rakyat termiskin walaupun mendapat sedikit royalti oleh kerajaan pusat.

Kenapa hasil maksul negeri Terengganu masih hendak di rampas...sedangkan dana tersebut adalah untuk menolong rakyat Negeri Terengganu yang susah dan menderita.

Saya berharap kepada YB,YAB PERLU MEMIKIRKAN PERKARA TERSEBUT AGAR RAKYAT TERENGGANU TERUS MENYOKONG MEREKA DI TAHUN-TAHUN BERIKUTNYA.

kami RAKYAT TERENGGANU BERPEGANG KEPADA amanat `RAKYAT DIDAHULUKAN...'