Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.
Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam ‘Khalwat issue heats up’ dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Setiusaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, perkara sebenar yang berlaku hanya berkaitan perlakuan tidak bermoral di kawasan awam di mana tindakan akan dikenakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan sedia ada dan langsung tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam seperti yang didakwa akhbar berkenaan.
Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.
“Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.
Eksploitasi isu itu, tambah Chin Tong secara langsung menjatuhkan wibawa dan maruah The Star kerana membenarkan diri mereka dijadikan alat propaganda jahat politik menyebar api kebencian dan perkauman sama seperti Utusan Malaysia,
“The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Sepatutnya sudah tidak ada isu yang boleh dibangkitkan lagi kerana ia sudah dijawab dengan sangat jelas oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada sebarang kes khalwat berlaku.” ujarnya.
Menyifatkan ia sebagai taktik kotor BN untuk menang pilihan raya, Chin Tong berkata, media kawalan BN sudah bersedia mencipta dan mensensasikan berita dengan membelakangkan fakta dan kebenaran menjelang pilihan raya umum akan datang.
Untuk itu, beliau berharap seluruh pendokong parti dalam Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Kerangka Dasar Bersama dan Buku Jingga agar tidak mudah dikelirukan atau terperangkap dengan jerat BN.
-Roketkini

11 ulasan:
Start hari ini i nak listkan Star sebagai salah satu newspaper yang mesti diboikot. Belilah apa newspaper asalkan bukan newspaper Utusan, NSTP dan Star kecualilah kamu orang nak guna newspaper ini sebagai kain lap kaki atau pembungkus nasi lemak.
Yang ni pulak bagaimana? bukan star, bukan Utusan, tapi akhbar pro pembangkang sendiri :-
Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengumumkan pendirian parti itu mengenai undang-undang kecil isu pengasingan gender dan tidak melepaskan tangan kepada Exco Kelantan.
Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, sikap membisu dan pekakkan telinga oleh Exco Kelantan untuk mengkaji semula undang-undang mengenai pengasingan jantina, yang melarang wanita bukan Islam untuk memotong rambut lelaki bukan Islam dan sebaliknya dalam salon di Kota Baharu, jelas tidak menunjukkan prinsip kerajaan yang bertanggungjawab.
"Pemimpin-pemimpin PAS perlu sedar bahawa berdiam diri bukan jalan keluar dan ia hanya memburukkan keadaan. Undang-undang ini perlu diharamkan tanpa berlengah-lengah lagi," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata justifikasi mengenai penguatkuasaan pengasingan jantina oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) telah diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri Tempatan, Kebudayaan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Datuk Takiyuddin Hassan pada 24 Nov.
anon 1:41
itu hak karpal sebab dia bukan Islam , tak faham hukum Islam,
yang kamu (kalau Islam) pun sokong jugakkah cakap karpal?
begitu jugak umno dan sekalian akhbar berbahasa Melayu... turun mainkan isu karpal ini...
jika hendak Islam kenapa kamu dan umno berdiam diri dan tak mahu memberikan penjelasan kepada karpal? atau kamu dan umno pu sama macam karpal yang kafir itu?
bukan kah pas kata dah tarbiah dap dan dap dah paham perjuangan pas?dap kan geng pakatan rakyat jadi pas lah yg kena terangkan..ker x berani dengan karpal????
Lumrahnya org2 kapir x mmyukai n sokong islam.sedih n pilu bila org2 islam sndiri dahlahh x sokong islam malah mnperlekeh hukum2 islam contohnya mahadev n najib srta juak juaknya....jgn dharap pd juak2 islam suku agama suku akan mnprtabatkan islam apatah lagi mnegakkan hukum Allah dmuka bumi ini.
repsons untuk anon 4:21
Nampak sgt bebal dan bangangnya pencacai umno dalam hal dakwah dan tarbiyah.
Tarbiyah adalah proses yang berterusan dan berpanjangan. Selama 950 tahun Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya untuk menyembah Allah swt, tetapi hanya sedikit yang bertakwa.
PAS akan terus berdakwah bukan sahaja kepada Karpal yang bukan Islam, tetapi yang terlebih penting kepada UMNO yang mengaku Islam tetapi tak putus-putus menyerang Islam.
Seandainya UMNO tidak suka, maka keputusannya di tangan Allah untuk menghukum UMNO!
jangan terbawa-bawa. saya bukan org islam. tapi aku lbh suka besama pas drpd umno. x ada masalah dgn islam asalkan pentadbirannya lbh telus berbanding kerajaan sedia ada. karpal beri pandangan secara peribadi. itu hak dia. bagaimanapun, aku lihat pas lebih terbuka berbanding umno dlm isu agama.
Yg sebenarnya sebahagian besar pemimpin dap faham akan perlaksanaan hukum2 islam. Masalahnya juak2 umno diatas sengaja utk mengerohkan keadaan dgn memberikan pandangan2 serong. Jelaslah bhw juak2 umno diatas adalah syaitan yg sebenar
PAS parti komponen PR ada kekurangan dalam usaha Islamkan sistem pentadbiran. Ada masalah untuk kuatkuasakan pengasingan gender dlm salon. Tapi apalah sangat kalau nk banding dengan Mahathir hina Hudud
CSL cerca Islam.
Najib declare no intention buat hudud.
Ambil kesempatan atas tanah orang kampung
Rogol amah
Belasah rakyat
Letupkan rakyat Mongolia.
Seleweng duit kapal selam. Gelapkan duit buruh paksa pemberian Jepun.
Rasuah balak Sabah RM 40j.
Pecat mufti Selangor tegur peserta ratu cantik.
Usahakan kilang arak San Maguel.
Kurangkan sylibus pendidikan Islam & hapuskan tajuk politik Islam untuk pelajar Diploma di UiTM.
Bunuh Assyahid Ibrahim Libya & pelajar pondok maahad tahfiz Baling.
Panggil belia tengok K-POP.
NI SEMUA AJARAN ISLAM KAH?
jatuhkan BN PRU13, the star akan jadi the moon
sebenarnya memang menggembirakan hati para isteri bukan islam apabila nyonya tukang gunting rambut bukan islam tidak dibenarkan gunting rambut suami mereka...sbb selain mengelakkan suami menggatal pegi menggunting kat salon unisex, perbuatan menghampiri zina dapat juga di kurangkan...bangsa cina agama buddha pun memandang jijik perbuatan menghampiri zina ni...menjadi bukan beragama islam bukan lesen untuk buat perkara2 yang tak elok...
Catat Ulasan