Jingga 13 Sabah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM14.9 juta yang dianggarkan jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia.
Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.
Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.
Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan Jingga 13 Sabah mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik. Di tengah-tengah jalan ini pula bukannya ada sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi balik itu.
Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, namun malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu telah disembunyikan.
Jingga 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan skandal jalan termahal tersebut terhadap:
1. Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Musa Aman,
2. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan
3. Pengarah JKR Negeri Sabah
4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR
Jingga 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM14.9 juta.
Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan.
Erveana Ansari Ali
Koordinator Jingga 13 Sabah

37 ulasan:
Hal sebeginilah yang membuatkan rakyat meluat dengan UMNO/BN. Betullah apa yang dikatakan UMNO/BN perompak wang rakyat berlesen.
OLeh itu kuburkan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti supaya wang rakyat dan negara dapat diselamatkan segera.
kena kaji dulu jenis batu yang digunakan, jenis tar yang digunakan, jenis kepala konsultan yang digunakan, jenis kepala kontraktor yang digunakan, tu sebab kos melambung.
anon 10.00 AM
apa, lorong tu dibuat daripada batu marmar ke?
bayangkan duit lebihan tu tukarkan jadi beras berapa gunilah gaknya...ambil beratlah petikan surah al kitab..mahfumnya antara harta kamu itu sebahagian kecilnya adalah hak keatas orang lain(para asnaf atau wakaf)
SPRM mana berani siasat, ini bukan Teoh, tapi jerung BN, nak mampus...
Ni duit poket musa aman..ikut dia brpe juta pun,mohon sprm jkr ke menteri ke wat dekk je jgn lyn soalan2 ni,byk lg keje nk buat , nk kira duit micheal chia je berbulan2 xsiap lm lg duit royalti minyk..PR bising2 jeles keee??!!!
anon 10.00 am..
ckp pkai otak la bai..
tgok la jln Yayasan Sabah-Dun Sabah tu mcmana.. traffic flow sgt rendah.. jumlah kenderaan sehari boleh kira pkai jari.. x de kenderaan berat spt lori pasir atau trailer lalu situ pun..
klu pkai batu n tar emas pun boleh dipertikaikan kegunaannya utk jln spt itu.. sedangkan jln raya laluan rakyat biasa berlubang sana sini smpi menyebabkan kemalangan n kematian.. pedalaman Sabah masih jln tanah merah.. budak p skolah masih naik perahu..
pakai otak bro.. jgn pakai buntut..
KO Umno!
Pasti ada penjelasan yang baik kenapa jalan raya ini berharga RM14.9 juta.
Diharapkan pihak kerajaan dan JKR akan memberikan penjelasan lanjut tentang pertanyaan ini.
Jingga 13 baru membuat laporan kepada SPRM, tunggulah tindakan daripada pihak berkuasa.
Samada ada unsur rasuah ataupun tidak perlulah disiasat dulu baru kita boleh tahu.
Harap kebenaran tantang jalan 0.9 km ini akan dijelaskan.
anon 4.01-4.04 pm, smua komen lu tu bubuh dlm 1 komen n publish skali x ble ke?? taktik lu x menjadi la tok.. dah la ayat skema.. wakakaka......
Yes it is.
apa pun biar pihak berkaitan melakukan tugas mereka. tidak perlu mainkan sebarang spekulasi.
aku 15taun main projek, dah masak sgt camne kos leh naik. semua pasal org politik nak cekik. nilai tender naik, kos bahan di kurangkan utk cover duit poket ahli politik ni la. sebab tu la jalanraya kat malaysia ni cepat rosak walaupon baru jer sebulan siap. kontraktor kata nak kena buang kos sikit, nak cover perut org politik
pemimpin umno sabah mmg kuat makan duit haram. sebab itulah CM sabah mewajibkan semua ketua jabatan persekutuan di sabah mesti diketuai oleh orang sabah sendiri supaya senang CM nak control. di akhir khidmat mereka nanti dikurniakanlah pangkat Dato yg nilainya sekadar menggantungkan gambar di dinding. puii..
Ini patut masuk rancangan
Discovery Channel : The Worlds Most Expensive Road.
siapa agaknya kontraktor yang diberi projek jalan ni??
Demokrasi Permuafakatan BN Antara Paling Berjaya, Terbaik Di Dunia – Prof Dr Shamsul
Kerajaan Selangor mahukan RPK tampil dan kemukakan bukti konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku pentadbiran negeri.
lebih baik dengar dulu penjelasan dari pihak berkaitan.
isu pembaziran wang rakyat di Selangor juga harus disiasat untuk mendedahkan kebenaran.
janji memberikan elaun kepada ibu tunggal ternyata tidak dipenuhi oleh PKR di Selangor.
pembangkang yang tidak bersatu di Sabah akan menyukarkan pembangkang mendapat sokongan.
rakyat akan memilih parti yang ikhlas bekerja untuk mereka dan mampu menjaga kepentingan mereka.
Hopefully MACC will conduct an investigation on this matter.
apapun, penjelasan dari 2 pihak harus didengar dahulu sebelum menunding jari.
I believe the people will make a wise choice in choosing a party when election comes.
Even the opposition are involve in corruption, how come i don't see MACC conduct an investigation towards them?
Siasatan harus segera dilakukan untuk memastikan tidak ada penyelewengan yang berlaku.
In managing the Sabah economy, a little of Schumpeter is rubbing off on Mr Musa who knows that innovation is at the heart of economic progress.
“We cannot delay any longer,” Mr Musa says. “We have to spend for development.”
PUSAT Aduan Rakyat PAS Sepanggar (PAR) pada hari ini turut mendesak agar SPRM Sabah menyegerakan siasatan terhadap isu kos pembinaan jalan ke Dewan Undangan Negeri(DUN) yang menelan belanja RM 14.9 juta dengan jarak 900 meter sahaja sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat Sabah.
Setakat ini, pihak SPRM belum memberikan sebarang respon berhubung isu ini walaupun telah tiga minggu menerima memorandum daripada Jingga 13.
Malah, pihak kerajaan negeri juga masih terus membisu daripada membuat sebarang kenyataan berhubung isu ini.
Selain itu, PAR juga mencabar Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Panglima Musa Aman supaya memberikan penjelaskan berhubung isu ini.
Harap tindakan lanjut akan diumumkan oleh pihak SPRM tidak lama lagi.
Catat Ulasan