9 Nov 2012

[VIDEO] 20 Ahli Perkasa Berdemo Depan Balai Polis Ketika Azan Berkumandang


Kerteh 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.

Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.

Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.

Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.

Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.

Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.

Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.

30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERKASA pertubuhan melayu, bukan pertubuhan islam

Tanpa Nama berkata...

bodoh..sembahyang xnk terpekik2 dpn masjid..baghal pny melayu

Tanpa Nama berkata...

Kesian kena bayaar RM 30.00 je dah sanggup jadi muka tembok masih ada lagi kee melayu bodoh cam neee aku ingat org kat melayu kemaman (UMNO) cerdik tp sama taraf cam org melayu (UMNO) melaka yang otak kecik cam burung UNTA...Bubar je PERKASA tu tak de guna kau orang semua jadi orang suruhan Ibrahim Ali tu. Orang kat Pasir MAs kelantan semua dah tolak dia tu dasar katak puru .. cukup lah.... sedar ... wahai orang melayu semua TOLAK TOLAK TOLAK ... PEKASA.

Tanpa Nama berkata...

UMNO masa perhimpunan agung zaman mahathir, nak solat jumaat pun kena buat undian?

Tanpa Nama berkata...

hoi ahli PERKASA, kau ini beragama Islam ke atau beragama YAHUDI.
Kenapa kau buat kerja yang macam orang YAHUDI pula ini? Nauzibillah.