29 Nov 2012

Ugutan Shahrizat: 13 Mei Jika UMNO Kalah, PAS Akan Buat Laporan Polis Seluruh Negara

Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

Kuala Lumpur: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa,"
katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.


"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku,"
katanya. -HD

Shahrizat selar media ‘pro pembangkang’ dalam ucapan penggulungan.

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan ‘pro pembangkang’ dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.

“Media hari ini.... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar.

Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.

“Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul? "Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.

“Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.

“Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?” kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

Sebelum itu, Shahrizat turut meminta media massa agar bersikap adil kepada Wanita Umno dengan memberikan lebih bayak liputan dan bukan hanya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang hanya mempunyai dua tiga orang ahli .

“Susah sangat untuk keluarga Wanita Umno dapat coverage (liputan).

“Saya minta media berlaku adil kepada Wanita Umno,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya pagi tadi, Shahrizat memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jika kita tidak lagi di tampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

“Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

“Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.


“Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno ke 66 berlangsung selama lima hari dari 27 November hingga 1 Disember.

Lebih 5000 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara membanjiri PWTC untuk mendengar amanat pemimpin mereka menjelang pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sangat SETUJU kita buat laporan polis walaupun ada keraguan dengan tindakan polis nanti. Mohon pihak PAS pusat mengatur dengan lebih baik teknik dan kaedah untuk membuat laporan polis. Arahan yang jelas perlu diberikan. Seorang Cina telah bertanya saya adakah akan menjadi huru hara jika PR memerintah??? Saya jelaskan bahawa itu hanya dakyah dan fitnah jahat BN. Maknanya telah ada usaha menyebarkan perkara jahat ini. Mohon tindakan SEGERA...

Tanpa Nama berkata...

Shahlizard ni nampak gayanya mencabar kita ni sebagai orang yang bermaklumat. You nak cover berita yang banyak kita akan sebar berita pasal you dengan banyak melalui FB, twitter, blog dan sebagainya. Rakyat M'sia mahu tahu siapa you sebenarnya yang terang - terangan bersikap munafik.

Tanpa Nama berkata...

bila bangsa2 yg mengaku melayu menakut-nakut bangsa melayui sbb survivor politik mereka, kalau kita amati ahli politik mlayu jati jarang sangat kluar ugutan2 mcm tu.

Tanpa Nama berkata...

Shahrizat yg aku kenal dulu begitu bijak sehingga menjadi CEO wanita pertama di syarikat besar I & P. Kemudian dah mula gila glamour masuk umno sehingga jadi menteri. Tapi dengan kuasa allah swt, seorang yg pada mula nya bijak akhirnya jadi bodoh macam ternakan keluarga nya dan di dedahkan kepada rakyat umum oleh dirinya sendiri. Subhanallah amat menakjubkan kekuasaan mu.

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya janganlah kamu menjadikan binatang ternak sebagai pemimpin di kalangan kamu sesungguhnya kemudharatannya adalah lebih burok dari kebaikannya.

Namun ramai masih gagal melihat akan kebenaran, dan masih mengangkat munafik dan golongan yangtaksub akan hal hal duniawi sebagai ketua mereka sedangkan api neraka menanti mereka di akhirat kelak.

Pepatah orang tua tua, jangan digunakan warna merah kerana ia membuatkan Lembu Lembu mengamok sakan di jalanan yang merosakan harta benda dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Kita sudah beri peluang ruang coverage yg luas kpd ktua wanita umno terutama dlm kes lembu..patutnya ucap terimakasih

Amuraria berkata...

'250 MILLION RM WOMAN ' MAIN ISU PERKAUMAN DAN KDN BUAT BODO JA ? INILAH WAJIB DI'ISA'KAN BUKAN KES YANG TANPA BUKTI TAPI NAYAKAN ORANG AWAM YANG TAK BERDOSA ! ABU SAJA BOLEH LAWAN REJIM ZALIM SEZALIM ZIONIS !

wau78 berkata...

Memang Kak Jat kena kata macam tu la sebab kalau PR menang maka tempat Kak Jat adalah di dalam Kondo Pagar Besi.... wakaka wakaakaa

Tanpa Nama berkata...

sutuju ngan wau78, mami lembu terpaksa kata begitu, sebab hayat umngok nak mampus dah.so bila dah mampus, mami lembu terpaksa dok kat kajang, laki dia kat sg buluh.

Tanpa Nama berkata...

KALAU umNO KALAH JAWAPNYA TOKEY LEMBU ANAK BERANAK MASUK LOKAP LA...OLEH ITU TOKEY LEMBU TELAH MENGARAHKAN LEMBU-LEMBU NFC (BACA umNO) SUPAYA BUAT KACAU BILAU KALAU umNO KALAH PRU13 KELAK.

Tanpa Nama berkata...

Sharizat ni melayu ke? tengok muka mcm satu tongkang dgn madey jea..

Terlebih melayu dari melayu sendiri...

Org melayu rilek jea, dia yg lebih2...

Maklumlah jika PR menang banyak lembu yg akan kena sembelih...hihihii.

Tanpa Nama berkata...

DAH LAMA SAKIT LAAA DI NIII !!!

Tanpa Nama berkata...

Majoriti rakyat Malaysia tak akan percaya akan berlaku sekali lagi peristiwa 13 Mei. Hanya bapa2, ibu2 dan anak lembu2 sahaja yang akan percaya kepada hasutan Kak Ijat ini.

Tanpa Nama berkata...

Ish!3x Kak Ijat oi! ingat le sama, kamu tu pompuan.Kalau jadi sungguh kot terkencing dalam kain kot!

Tanpa Nama berkata...

Ketegangn kaum mamak la jat...kaum lain steady je,geng2mamak ni yg telepas kuasa...terutama madey ha ha ha padan muka..

Tanpa Nama berkata...

Sama ada peristiwa 13 Mei akan berlaku lagi atau tidak,bukan soalnya. Pokoknya Shahrizat sudah mengancam dan mencetuskan kata-kata yang menggugat keselamatan negara.Dia wajar ditangkap dan dibicarakan.Perubahan kerajaan adalah satu tuntutan dan amalan demokrasi.Ia bukan satu amalan untuk mencetuskan pergaduhan kaum.Ini bermakna Shahrizat tak tak faham proses demokrasi,dia bijak jaga lembu aje.

Tanpa Nama berkata...

Shahrizat dalam ketakutan, lembu punya cerita, jiwa sudah kacau.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau berlaku pun mcm 13 mei, ini mesti kerja2 lembu yg bakal nak kena sembelih...

Kalau dah jadi lembu, jgn nak menglembukan org lain pulak...hihihi