29 Nov 2012

Memang Najib Bacul, Kutuk Anwar Tetapi Takut Berdebat

Sekali lagi, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempamirkan dirinya seorang "pengecut" apabila menggunakan platform Perhimpunan UMNO untuk membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Malaysiakini melaporkan Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Anwar telah berulangkali mempelawa Najib untuk berdebat tetapi telah tidak dihiraukan Najib dengan pelbagai alasan kononnya debat bukan budaya kita.

Tetapi Najib mengambil setiap kesempatan yang ada di dalam mana-mana perhimpunan sehala untuk membidas dan mencaci Ketua Pembangkang berkenaan.

Ternyata Najib hanya berani di gelanggang sendiri, tetapi pengecut untuk berdepan dengan DS Anwar.




Sahut debat Anwar-Najib untuk buktikan Umno tidak takut

KUALA LUMPUR 29 November: Pakatan Rakyat mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar Umno tidak takut.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 menunjukkan rakyat perlu memilih antara politik ketakutan yang dijulang parti itu dan politik harapan yang diperjuang Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik.

“Satu-satunya cara untuk membuktikan Umno tidak takut mahupun panik dalam hari-hari menjelang PRU 13 ini adalah dengan Presiden Umno berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang serupa disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menakut-nakutkan rakyat menunjukkan sifat sebenar rejim Umno yang semakin nazak.

Izzah berkata, sebagai pemimpin, Shahrizat harus menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua, bukannya mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan Umno.

“Nada Datuk Seri Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU 13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara hati para pengundi, teruma rakyat Malaysia yang sudah celik politik dan punyai keinginan kuat untuk berubah,” katanya.

Tegas beliau, Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui proses demokrasi, dan akan berusaha untuk perkukuh dan memperkasa sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia.

“Oleh itu, saya tidak segan mengulangi kata-kata Datuk Ambiga Sreenevasan: ‘Kami mahu perubahan melalui peti undi, jika perubahan tiba’,” kata Izzah.
-KD


FMT readers want Najib to lock horns with Anwar

PETALING JAYA: Of the 4,675 readers who took part in the latest FMT poll, 95% or 4,442 of them want Najib Tun Razak and Anwar Ibrahim to debate on government policies and the general election.

Calls for Najib to debate with Anwar reignited three days ago when Bersih 2.0 co-chairman, S Ambiga said Bersih would initiate a petition to push for the debate.

Penang chief Minister Lim Guan Eng said that Najib is dodging calls for a debate whilst PKR vice president and Anwar’s daughter, Nurul Izzah Anwar called Najib a false democrat.

BN component leaders like MCA president Dr Chua Soi Lek and MIC secretary-general S Murugesan defended Najib’s decision to not debate, saying it was a waste of time.

Only 2% or 128 people did not want Najib and Anwar to debate whereas 3% or 128 people did not care whether the two leaders had a debate or not.



11 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Kasihan melihat Malaysia mempunyai seorang PM yang bersifat "DAYUS". Nak buta macam mana, teloq dia dah dikikis dek Rosmah.
Amat malang bagi Malaysia sebab dah pasti mempunyai seorang PM yang tidak akan cium pintu syurga atas sifat keDAYUSannya. Asyik dok tumbuk "patung" aja.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata Anwar Vs Mahyudin, ada berani tak Mahyudin? Cakap berkobar2 masa Perasmian PAU.

Baca Kisah Siti Mut'iah Yg Dikagumi Siti Fatimah KLIK SINI

Tanpa Nama berkata...

Memang jelas pengecut.

Tanpa Nama berkata...

rakyat bukan bodo wahai pemimpin ameno...rakyat boleh nilai mana intan yg mana kaca... xguna jadi pemimpin kalau penakut...pemimpin mcm tu bersepah2...

Tanpa Nama berkata...

Berkokok dlm reban je, kat luar tak berani sbb taji dah takde.

win win malaysians berkata...

Pemimpin2 kera2tua tu dah tak ada guna buat rakyat utk memimpin mereka rakyat mahu pemimpin yg betul2 brill otk geliga,kalau pemimpin mcm yg umno pungut d kaki5 bersepah kat Lombok,hanya ahli tuyuk/tuli buta IT dlm pau2012 pemyokong umno,kerana pemimpinlah parti Tenggelam,RAKYAT YG BIJAK AKAN MEMPERSENDAKAN KREDIBILITI SESORANG PEMIMPIN, dan lari meningalkan parti

Tanpa Nama berkata...

PM M'sia adalah PM paling PENGECUT X 3 sekali di dunia. If u pandai cakap Anwar sedemikian i want you to debate dengan Anwar ASAP. Or else i tetap gelar you Najib sebagai PENGECUT dari dulu kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Kita tumbangkan BN dan pengecut nak tegur presiden MCA yang hina islam

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menjadi gelanggang untuk memperkemaskn, mengukuhkn, membaikpuluh, post mortem, menguatkn, memurnikan jentera UMNO itu sendiri.. Ini x.. PAU dijadikn utk menghentam parti pembangkang, menyerang ketua pembangkang, mencari kesalahan dan mendedahkn pembangkang. Dlm PAU tu semua penyokong tegar umno dh.. X payah ajak perwakilan bencikn pembangkang dh.. Nafas perwakilan tu semuanya berbau darah umno...
Jaga la teppi kain seniri.. Jgn duk sibuk jaga tepi kain org... ABU..

Osama berkata...

Najob c Presoden UMNO tu kan?
Ooohh patutl lee c Umat Melayu Naif Otak rupanya!
isk osk isk.....kesan koloni Be End!

Tanpa Nama berkata...

Biar uumno bgitu..kite pn bkn mgharap umno brubah..harapn kite pd PR..klu dia nk jdpenakut nk syaitan nk jd ape pun pi lntk la..arap umno x brubah teruskn usaha baek anda sbb pnyokong anda mmerlu idea2 bernas anda...