25 Nov 2012

[LAGI GAMBAR & VIDEO] Bukti Perhimpunan Hijau Anti-Lynas Aman Bila Tiada Provokasi


20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka.

Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -HD

Wan Azizah, ribuan aktivis Himpunan Hijau berarak ke Dataran


KUALA LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 20,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan tiba di Dataran kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu.

Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan.

Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan “Hentikan Lynas” sepanjang perjalanan.

Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar, turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon.

Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini.

“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya di petik dari Malaysiakini.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.

Media melaporkan, hampir 100 pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.
-KD



Gambar bawah ehsan telokbakong






























Laporan sebelum ini
klik untuk baca



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hijau makin disukai orang muda, menenggelamkamkan biru....

Tanpa Nama berkata...

Projek Lynas ni membuktikan penipuan Najib bila dia membuat kenyataan:Kami akan berubah,tak perlu nak tukar kerajaan.
Janji "akan berubah" sekadar nak pancing undi aje.UMNO/BN tak akan berubah sebab kelakuan dan amalan yang dilakukan lebih dari 50 tahun sudah jadi tabiat dan sukar untuk berubah.Jangan percaya pada kata-kata Najib dan janji UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Projek Lynas ni membuktikan penipuan Najib bila dia membuat kenyataan:Kami akan berubah,tak perlu nak tukar kerajaan.
Janji "akan berubah" sekadar nak pancing undi aje.UMNO/BN tak akan berubah sebab kelakuan dan amalan yang dilakukan lebih dari 50 tahun sudah jadi tabiat dan sukar untuk berubah.Jangan percaya pada kata-kata Najib dan janji UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Dataran Merdeka dah nak jadi Dataran Hijau Merdeka....

Tanpa Nama berkata...

Himpunan ini berjalan dengan lancar dan aman tanpa berlaku sebarang perkara yang tak diingini. Dalam himpunan ini rakyat dari pelbagai kaum juga kelihatan bersatu-padu memperjuangkan masa depan anak-anak mereka.

Syabas kepada semua ! Ini lah perpaduan yang dikehendaki rakyat dan bukan perpaduan kroni untuk mengaut kekayaan negara.