25 Nov 2012

[BERGAMBAR & VIDEO] 20,000 Aktivis Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka (updated)


Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi'

Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.

Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.

"Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.

Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.

Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf.

Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL.

"Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk.

"Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka.

"Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin. -mk

LAPORAN SEBELUM INI:

Dianggarkan 15,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu.

Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi.

Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis.

Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana.

"Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik.

"Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak.

Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar.

Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya.

Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat.

"Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya.

Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir.

"Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya.

Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000 orang.

Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan.

Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 15,000 orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 4.50 petang.

Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa.

Turut dilihat dalam perarakan itu ialah dua MP PKR Tian Chua serta Nurul Izzah Anwar dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga. -mk

15,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Himpunan Hijau tetap akan meneruskan rancangan menuju ke Dataran Merdeka walaupun pada ketika ini pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menutup kawasan tersebut seawal pagi tadi dengan meletak notis tidak membenarkan sebarang aktiviti berjalan disitu.

“Ya, ya kami tahu mereka sekat Dataran Merdeka.

“Rancangan menuju ke sana masih akan diteruskan seperti biasa dan tidak akan dibatalkan,” kata ketua publisiti himpunan tersebut, Lee Chean Chung.

Penyokong menunjuk mesej “Stop Lynas” pada topi jeraminya.

Menurut Lee yang dihubungi The Malaysian Insider, mereka ketika ini sedang dalam perjalanan daripada Sentul dan dijangka tiba di Maju Junction kira-kira jam 3.

30 petang ini.

“Kami akan berkumpul dan bergerak ke Dataran Merdeka sebaik tiba di Maju Junction,” tambah beliau.

Dalam laporan media pagi tadi, hampir kira 100 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada polis dan pegawai DBKL sudah bersiap sedia di Dataran Merdeka yang dijadualkan berlangsungnya Himpunan Hijau pada hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib juga turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.

Selain itu, Lee juga mengesahkan kira-kira 2,000 lebih peserta himpunan terdiri daripada aktivis, keluarga dan lain-lain akan berarak ke sana.

Semalam, kumpulan tersebut telah bermalam di markas tarbiyah PAS di Taman Melewar, Gombak dan telah bergerak melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar pagi tadi.

Dalam pada itu, tinjauan wartawan The Malaysian Insider yang berada di lokasi Maju Junction mendapati orang ramai semakin beransur-ansur banyak tiba dan berkumpul, kira-kira 200 orang peserta.

Ramai yang memakai baju hijau dan mengibarkan bendera Himpunan Hijau serta bersorak “hentikan Lynas” di sepanjang tepi jalan sambil menunggu rakan-rakan mereka tiba yang masih sedang berjalan dari Sentul.

Orang ramai yang berkumpul terdiri daripada lapisan umur tua dan muda, pelbagai kaum dan agama yang sudah datang berkumpul.

Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer.

Dalam pada itu, ketua kumpulan tersebut telah dalam satu ucapannya di Sentul pagi berkata mereka akan bermalam di Dataran Merdeka hingga pagi esok.

“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya dipetik daripada Malaysiakini
TMI

















 

 

 

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

10 ribu?, hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, Hijau Ke Dataran Merdeka untuk ke Putrajaya

Tanpa Nama berkata...

apa yg mereka mahu sebenarnya???

Tanpa Nama berkata...

Tak kisah brape ramai yg hadir, yg penting ada komitmen, yg dtg tanpa dipaksa, tiada upah.... Kan gitu.....

Tanpa Nama berkata...

tahniah pd semua...teruskan perjuangan mu...saya sokong 100%..saya doakan moga kalian berjaya

Tanpa Nama berkata...

Hijaukan bumi Malaysia, singkirkan UMNO PRU13

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! perhimpunan yang berjaya