14 Nov 2012

3 Anggota Polis Yang Didakwa Merogol Bakal Didakwa

Tiga anggota polis yang dikatakan merogol seorang warga Indonesia berkemungkinan akan didakwa.



Pihak polis juga telah menyerahkan kertas sisasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya.

, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika sidang media berkata tiga suspek berkenaan akan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rogol sebaik sahaja pihak polis menerima keputusan akhir daripada Peguam Negara.

”Tiga saspek telah ditahan kerja setelah direman bermula 16 November untuk siasatan lanjutan.

” Ketiga-tiga saspek telah ditahan kerja untuk siasatan lanjutan dalam kes ini dan akan hanya menerima gaji setengah bulan.

Pasukan polis telah membentuk pasukan khas untuk melancarkan siasatan terhadap kes ini, katanya. Sebanyak 10 kenyataan telah dirakamkan dan mangsa berusia 25 tahun itu telah diletakkan di bawah jagaan konsulat Indonesia.

Abdul Rahim turut berkata anggota polis tersebut adalah anggota berpangkat rendah, dan berjanji akan menjalankan siasatan tanpa sebarang kompromi.

”Kami harap orang ramai tidak mensasikan isu ini dan biarkan kami menjalankan siasatan terhadap kes ini,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan negara antara Malaysia dan Indonesia.


Konsulat sementara Indonesia, Sofiana Mufidah, yang turut hadir semasa sidang media berkenaan berkata mereka percaya polis Malaysia akan melakukan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan kes ini.

”Saya turut menyeru rakyat Indonesia di Pulau Pinang, Malaysia dan di Indonesia untuk bertenang,” katanya.

Menurutnya, ramai yang kecewa kerana ia berlaku kepada rakyat Indonesia, namun mengharapkan mereka memberikan kuasa undang-undang negara ini untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Jumaat lalu, seorang rakyat Indonesia berumur 25 tahun meminta bantuan Koordinator Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis berikutan didakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di Balai Polis Prai.

Pekerja restoran tersebut mendakwa dia di bawa ke balai polis selepas ditahan anggota berkenaan di Megamall Pulau Pinang sekitar jam 6.30 pagi ketika menunggu teksi.

Wanita itu turut mendakwa dia tetap di bawa ke balai polis walaupun setelah menunjukkan salinan passport dan didakwa dirogol di sebuah bilik di balai polis berkenaan.

Menurut Abdul Rahim mereka menerima laporan polis pada jam 3.06 petang hari yang sama dan ketiga-tiga suspek ditahan jam 5.45 petang. Suspek kemudiannya di bawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu dan mahkamah mengeluarkan tahanan reman selama seminggu. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan perlu memastikan keadilan dan ketulusan penyiasatan dijalankan. Pihak kerajaan Indonessia juga penduduknya memberi perhatian ke atas kes ini.

Amat sedih jika penduduk Indonessia memilih untuk melancung keluar negara kecuali Malaysia dalam waktu holidaying mereka.

Jutawan Indonessia banyak yang kaya raya berbanding Malaysia, dan ramai tertumpu di Singapura dan Brunei untuk melancung.

Sedih, jika benar ianya berlaku, keatas mangsa Indonessia kerana wanita pada amnya lemah dan memerlukan perlindungan kaum lelaki.

Macam macam...

Waris berkata...

Kalau rakyat malaysia yang kena rogol aku rasa polis akan siasat sampai kiamat dan takde kes lepas tu.

Akan keluar dari mulut longkang AG kata kes terpencil.

Sabuli berkata...

Polis yang jahat2 nie kena ingat bahawa kuasa mereka terhad, atas ada yang berkuasa atasss lagi yang maha berkuasa. komunikasi polis dgn Awam pun bukan baik sgt depa guna bahasa hutan yg x bertamadun walhal org awam itu bukan penjenayah pun, nak2 org warga mas.( dituju khas pada polis jahat ).

Tanpa Nama berkata...

Memalukan negara, bangsa ,agama dan rakyat keseluruhannya...tapi muka-muka tak erti malu... Munafik.

Tanpa Nama berkata...

selalu buat tak kantoi, tapi kali ni memang nasib malang le sebab sedap sekejap tapi dapat bala pulak. agaknya polis ni mesti tak puas dengan isteri masing-masing ataupun isteri dah tak sedap rasanya kut, inilah kalau selalu sangat makan benda-benda haram dari rezeki yang tak halal, buat kerja pun yang haram- haram juga. duit dan B-r-t tak boleh dipisahkan dari PDRM.

Tanpa Nama berkata...

Mohon kerajaan M'sia hantar mereka dan bicara kan saja 3 penyangak nie ke Indonesia, baru adil. Baru dia orang tahu langit tinggi ke rendah. Depa ingat depa nie polis boleh buat apa saja.

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

Pak Menteri rogol, aper citer?

a berkata...

lebih baik jika diterangkan sisuami merelakan siisteri(Indon) melacur di Malaysia ini atas dasar senang mendapatkan ringgit?