14 Nov 2012

Indonesia Protes Keras Kerajaan Malaysia Atas Dakwaan Polis Rogol Amah


Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar menyatakan beliau telah mengirimkan surat kepada Kerajaan Malaysia memprotes keras atas dakwaan pemerkosaan yang dilakukan tiga polis negara Malaysia terhadap seorang tenaga kerja Indonesia (TKI), demikian lapor kompas.com

"Kita sudah menyampaikan protes supaya pelaku dihukum seberat-beratnya," kata Muhaimin sebelum Rapat Koordinasi tentang Perburuhan, di Pejabat Menteri Kordinator Bidang Perekonomian di Jakarta, Isnin (12/11/2012).

Muhaimin, surat protes tersebut disampaikan melalui Satuan Tugas Tenaga Kerja Indonesia-Malaysia. Sebelumnya, pada Sabtu (10/11/2012), media Malaysia, Sinar Harian, menyiarkan berita seorang TKI perempuan diperkosa oleh tiga orang polis Malaysia di Balai Polis Polisi Bukit Mertajam, Penang, Malaysia. Mangsa yang mempunyai singkatan nama "SM" (25), menyatakan, pemerkosaan terjadi pada Jumaat (9/11/2012), ketika dirinya diperiksa oleh polis Malaysia.

SM mengakui, dia tidak memiliki dokumen lengkap kerana hanya menunjukkan salinan fotokopi pasport sehingga dibawa ke balai polis. Ketika itu, mangsa minta dilepaskan, tetapi tidak dibenarkan. Beliau mendakwa diperkosa oleh tiga anggota polis dan kemudian baru dibebaskan.

Muhaimin menyatakan, berdasarkan laporan dari KBRI di Malaysia, suspek pemerkosaan sudah ditangkap. "Selanjutnya, kami sudah melakukan tindakan untuk menjaga psikologis mangsa, termasuk menyediakan peguam," ujarnya.

Ia mengingatkan, para TKI harus waspada dengan menyiapkan dokumen-dokumen. "Perlengkapan dokumen ialah agar TKI tidak diremehkan dan memiliki harga diri di Malaysia," ujarnya.

Ulasan GB

Menjadi-jadi nampaknya kes ini semenjak seorang menteri dilepaskan oleh mahkamah dari dakwaan merogol seorang amah juga.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


bebudak ni dah la gaji kecik, kuasa pun tak de ..mana dapat nak belikan banglo beb...paham paham aje le...

Tanpa Nama berkata...

Dakwa segera 3 polis ini di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan agar api kemarahan dapat diredakan.

warung KL berkata...

Okay protes dengan KERAS tak mengapa thats okay, kita siasat, apa pun ia perlu dibuktikan dahulu !
Tapi yang aku bengang ni kenapa tak protes KERAS juga pasal geng samseng indon yang datang ke Malaysia sebagai PATI dah tu buat macam negara sendiri... merompak membunuh sana sini !

eden mantin berkata...

Eden ingat le bagus kalau Ke 3 3 mereka ni cepat2 declare kata mereka ni ahli sukan negara, tak kira le acara lari dalam guni ke ape ke....

Tanpa Nama berkata...

kalau hudud ada kat malaysia, kemungkinan besar perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Edyes berkata...

salam tuan,

mohon meletakkan link www.anakmudamalaysia.com sebagai tanda sokongan perjuangan anak muda SAMM... kami lawan secara berdepan, mohon kawan2 support belakang dgn bantuan hebahan... tk

Tanpa Nama berkata...

sebab banyak makan benda-benda haram, maka hati pun sukalah buat benda- benda yang haram ni, taubatlah sebelum terlambat, kesian kat KPN tu baru balik haji ingat dapatlah kerja dalam suasana aman tapi apakan daya sebab anggota bawahannya didalam dada tiada keimanan.

cupak berkata...

Wahai Warung KL,
apa nak diherankan, silap anak orang memang mudah nampak tetapi silap anak sendiri buat tak tahu saja !

man siam berkata...

‘Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia’ dan bendera Malaysia dibakar ! Inilah yang dilakukan rakyat Indon.
Apa pula reaksi mereka bila amah indon mendera, PATI yang buat negeri orang macam negeri mak bapak dia ? Melakukan rompakan dan membunuh !

Tanpa Nama berkata...

Amboi bila polis buat salah semua nak bunyi..kenapa tak protes KERAS juga pasal geng samseng indon yang datang ke Malaysia sebagai PATI dah tu buat macam negara sendiri...
yang minah indon ni apsal tak bagi duit..sayang ke duit sanggup gadai body..aku rasa konspirasi ni..minah indon ni dibayar..

Tanpa Nama berkata...

Gengx polis ni semuanya nak free. Bu__t nak free, basuh motor/kereta nak free, makan nak free, minyak nak free diaorang ingat harta bapak diaorang punya, nasib baik kat malaysia, kalau kat negara lain rasanya gengx polis ni ramai yang mati kena bunuh.

Tanpa Nama berkata...

negara aman dan selamat kata BN????