Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.
Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.
“Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama ‘jeneral tanpa askar’.
“Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai,” kata Daim.
Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu.
Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan.
Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan.
Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu.
Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu.
Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau.
Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen.
Ulasan GB
Ramalan Daim di atas boleh jadi kenyataan JIKA tiada unsur penipuan dari SPR.
Berdoalah kepada Allah swt agar Dia mendedahkan dan menggagalkan segala tipu daya yang dilakukan SPR di dalam PRU akan datang ini.
8 ulasan:
masinlah mulot daim tu...
tapi waa kata daim nyayok,kalau dia kata johor sarawak pahang munkin waa terima....
Kalau si Daim kata macam tu, boleh jadi betul punyea. Dengan 3 negeri sahaja jika bilangan parlimen sampai 75% boleh menang juga dapat jadi PM lah si Muhyidin. Tambah aje kerusi Parlimen dengan persempadanan semula. SPR boleh buat aje dengar saja cakap si bahalol PM.
Sy ramalkan Terengganu, Pahang, Melaka & Sarawak kekal di bawah BN..
Semoga PR menang dalam PRU13!!!
Habis Sabah & Sarawak kamu mau letak mana?
Nampak sangat analysis bersifat 'kemalayaan'......yg peliknya kalau org sabah & sarawak sebut 'orang malaya' pandai pula marah sedangkan sendiri (dalam hati) tak pernah angap sabah & sarawak sebahagian dari malaysia
daim bukan bomoh bukan psikik dia tahu negeri mane menang atau kalah berdasarkan duit tabung politik yg di yang diagihkan ....kan duit umno dia ngn madey sapu ,2008 sengaja nk jatuhkan paklah duit kempen disekat biasa la umno ni poltik duit tak de duit kalah la .
Tak pernah dalam sejarah bendera dan poster umno ditanggung sendiri oleh calon sampai terpaksa utang ngn along hahahaha duit tabung dah abih skng cuma bleh bertahan jer kat 3 negeri tu hihihi
Najib pun dah tahu hal ni sb tu x berani nak bubarkan parlimen
Samada Tun Daim tu nyanyok ke, biaq pi laah!
tu kn pmerhatian dia & hak dia utk buat ramalan!
Yg penting PR akn gntikn Be End di Putrajaya nti!
Soal ngri2 yg akn ditwan oleh PR tu biar rkyt yg tntukn! Ptanda2 Sabah & Sarawak bukan lgi Fixed Deposit Be End smkin mnyrlah!
Yg penting utk ahli2 parti PAS, KEADILAN & DAP serta penyokong2 & pendokong PR juganpara reformis, usah berdiam diri! Kongsikan segala kebejatan & kebobrokan Umat Melayu Nomad Otak & BenEnd kpd sdra mara trdkat, adik bradik, ibu bapa, jiran tetanga, kawan & taulan, sahabat handai srta pd sesiapa sja utk menjayakan misi menumbangkn Be End!
Menangkan PR! Pilih ABU!
Usah prejudis dgn kmenangan & kemaraan PR.
Tiada gunanya kita tahu sndri kemungkaran Be End. Kongsikan, ni lah pluang utk kita menyeru amal makruf nahi mungkar!
Catat Ulasan