14 Okt 2012

Minta Perhatian - Sekarang Dah Tukar: Undi Najib Bermakna Undi Soros!

MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut.

"Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat.

"Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini.

Hatta menekankan bahawa Pakatan Rakyat tidak ingin membangkitkan isu tersebut.

Namun, dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan", kata Hatta.

Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang," katanya.

Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu.

Sementara itu MP Batu Tian Chua pula memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada "hipokrasi" BN.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

undilah pr untuk perubahan

Tanpa Nama berkata...

Hanya si syaitan berkawanan dengan kumpulan syaitan. Janganlah di sangka Orang Yahudi itu sahaja yang syaitan, kaum hidung kemek kembang dan muka bonyok pun ada sifat syaitan. Soros ini businessman, Najib dan MahaMaha pula makan gaji duit rakyat tipu rakyat. Buat habis beras aje mak bapak besar kan anak macam si syaitan yang di rejam.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan hanya tahu nama George Soros sahaja tak lebih dari itu. Tapi Najib tahu peribadi Soros dari kepala sampai ke hujung kaki dia. Kesimpulan kalau Undi Najib = Undi Soros = undi untuk membankrapkan negara pada kadar cepat di tangan YAHUDI laknatullah. Selamatkan M'sia sebelum Soros membankrapkan M'sia Melalui anak muridnya Mahathir dan Najib. Tumbangkan BN = selamatkan M'sia dari dibankrapkan oleh anak murid Soros.