11 Okt 2012

Kes Nasya (2) : Islam & Kekuasaan Seiring Sejalan, Bukan Agama Suku Politik Suku!

Mahfuz: 'Nasha telah cabar keputusan Majlis Syura'

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini.

Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.

"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.

"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya," kata Mahfuz lagi.

Mahfuz mengulas kenyataan Nasharudin petang semalam, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, semalam.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau tidak tahu mengapa sekarang Nasharudin bercakap begitu sekarang.

Apabila ditanya sama ada Pas akan membincangkan isu berkenaan memandangkan ada yang melihat Nasharudin telah mempertikaikan dasar parti, Mahfuz berkata: "Oleh kerana beliau telah menyentuh dasar dan keputusan parti, terserah kepada Majlis Syura membincangkan isu ini.

" Bagaimanapun tegas beliau, "Pas tidak pernah mengambil pendirian meminggirkan Nasharudin.

" Akhir Ogos lalu, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menyerahkan isu Nasharudin yang meminta Pas keluar dari PR, berhubung isu hukum hudud, kepada Majlis Syura untuk membincangkannya.

Majlis Syura yang mengadakan mesyuarat awal bulan lalu dilaporkan tidak membincangkan kedudukan Nasharudin itu.

Islam bukan kuasa, Nasha gesa Pas

LUMPUR - Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Katanya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

"Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? "Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.

Pas berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai DAP dan PKR.

Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 empat tahun lalu.

Nasharudin tewas dalam usahanya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas tahun lalu.


Ulasan GB

Persis bukan ahli PAS lagi layaknya, sehingga memisahkan agama dengan politik, memisahkan Islam dari kekuasaan, sedangkan perjuangan Rasulullah saw ialah menegakkan "kekuasaan" Islam dengan sehingga berlaku beberapa siri peperangan.

Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan naik haji ke Mekah.

Jikalah Islam hanya sekadar itu, Rasulullah saw tidak perlu nak berperang. Orang Quraisy sudah lama memberi ruang kepada Rasulullah saw untuk melaksanakan kelima-lima perkara tersebut tanpa ganggu gugat, malah sanggup melantik Rasulullah sebagai "Raja". Tetapi Rasulullah tolak semua itu. Kerana apa?

Kerana Islam itu perlu ada daulahnya, perlu menegakkan sistem pemerintahannya agar hukum-hukum Islam itu dapat dijalankan dan berkembang serta risalah Islam itu dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.

"Kekuasaan" itu juga penting di dalam Islam supaya kebenaran dan keadilan dapat diletakkan ke tempatnya yang sebenar.

Kerana tanpa kekuasaan, Islam itu lemah, Islam itu hamba, Islam itu diperdayakan musuhnya. Di dalam kaedah usul-fiqh telah dinyatakan :

ma laa ya'timul wajibu illa bihi fahuwa wajib.

tidak dapat ditegakkan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Iaitu jika tidak dapat ditegakkan kesempurnaan Islam itu seluruhnya kecuali dengan kekuasaan, maka memiliki (memperjuangkan) kekuasaan itu adalah menjadi wajib pula.

Justeru itu GB melihat, saranan Nasya itu sudah jauh kesasar. Seolah-olah menyuruh kita berjabat tangan dengan UMNO dan kemudian membiarkan kuasa itu diboloti UMNO untuk terus memperkosa Islam. Saranannya itu sungguh merbahaya untuk Islam dan umat Islam!

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapalah nak berkerjasama dengan UMNO yang agama rasmi dia adalah APCO / ZIONIST, bukannya ISLAM kerana selama ni pun dia hanya berpandukan APCO dan bersunnahkan kroni untuk buat keputusan bukannya Al - Quran dan sunnah Rasullah S.A.W. Layakkah kita panggil UMNO sebagai pejuang agama Islam / Umat Islam sedangkan UMNO langsung tidak mengamalkan apa yang ada dalam syariat agama Islam sedangkan Penasihat UMNO, APCO surah dia buat sesuatu dia buat sebiji apa yang YAHUDI suruh buat. Cuba buka minda dan fikrkanlah sendiri.

Alam Flora berkata...

Kalau pemimpin begini pun PAS masih mempertahankan tanpa ketegasan walaupun masih belum memegang tanpuk pemerintahan negara, apa hal pula nanti jika mereka memerintah bersama PR? Pastinya setiap kesalahan para pemimpin mereka nanti akan disorok di bawah tikar mengkuang sahaja, tanpa ada ketegasan dari Majlis Syura (walaupun si bantut itu adalah salah seorang ahlinya). Beginikah standard PAS setelah sekian lama diuji dan dinilai oleh segenap lapisan rakyat yang amat mempercayai tarbiah mereka ini? Jangan kerana nila yang tak habis-habis menitik, rosak susu sebelanga atau kerana asyik nak menjaga "munafik" yang seekor, habis ahli bawahan lari bergelimpangan....

Tanpa Nama berkata...

Ustad nahas Kalau bukan melalui politik pas sekarang ini tiada langsung bersuara mengenai agama...bangang sungguh nak jadi tali barut umno apco pe lah .

Tanpa Nama berkata...

Segala tindak tanduk Nasha dari dulu kini dan mungkin selamanya amat menuju ke arah mengesahkan PAS masih mempunyai kanser Unity Government, kegilaan duniawi melebihi segala galanya. Percakapan mengenai hal hal agama Islam hanyalah retorik sahaja, perniagaan Agama Islam itu sendiri untuk mendapat kuasa dan kekayaan sekim cepat kaya, yang memperbodohkan seramai umat yang boleh agar pangkat harta nama dan nafsu sek melalui bini bini muda dikecapi. Air muka seseorang dapat menunjukkan keadaan hati seseorang tersebut....Mungkin benar.

Tanpa Nama berkata...

Sebagaimana hadith Nabi Islam berkembang 700 ratus tahun kemudian lemah 700 tahun kini lepas 30 lebih tahun Islam mula berkembang semula selama 7oo tahun lagi. dan mula ada tanda berkuasa . Apakah kita hendak lemahkan Islam lagi.buat permulaan ini kita nak kuat ekonomi orang islam
dan seterusnya, dari masa kesemasa berkembang.Apakah kita hendak berkiblatkan British lagi. islam akan naik macamana jatuhnya(seperti mana hadith Nabi S.A.W) dari setahun kesetahun.

Tanpa Nama berkata...

Nasha tak paham ke. Budak nak hadir usrah kat uni pun kena black list kat Umno dan SB. Apa lagi yang dia harap kat UMno, melaikan kepentingan perut.

Tanpa Nama berkata...

Dia minta PAS jangan mementingkan kuasa biar UMNO saja yang berkuasa.
PAS biar berceramah agama jangan tumpu sangat kepada mendapatkan kuasa.
Biar UMNO saja memerintah Malaysia ini,
Biar UMNO saja menambah hutang Malaysia,
Biar UMNO saja merompak segala khazanah Malaysia, Biar UMNO saja menaikkan harga barang,
Biar UMNO saja memiskinkan orang melayu Malaysia,
Biar UMNO saja membodohkan orang melayu Malaysia,
BIAR UMNO SAJA....... itulah yang Nasharudin maksudkan.

Tanpa Nama berkata...

ustaz nasa,jgn ckp pkai kpala lutut,nabi mendirikan negara islam madinah melalui jln kuasa,pas tidak tamak pada kuasa,tapi 'tamak' mahu melaksanakan syiar islam melalui kuasa..ada beza tu...kalo tamak pada kuasa demi mengejar kekayaan tu dipanggil tamak nak berkuasa..mcm pemimpin umnoapco,dpt kuasa syarikat anak bini dpt kontrek..ustaz nasa ni kena badi umno,tu pasai kepala jadi pusing2...ini geng hasang akidah ni..

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada kuasa semua boleh buat termasuk memperkasakan agama Islam. Oleh itu PAS/PR perlu sokongan rakyat supaya mendapat kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. Islam dapat ditegakkan dengan senang tanpa sekatan.

Berkenaan bergabungan dengan UMNO, rasanya tak perlu kerana sejarah membuktikan bahawa UMNO tidak ikhlas. Masa susah perlu PAS tapi bila dah kuat dan senang PAS disepak terajang keluar.

Andre Irwan berkata...

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'.
Itulah sifat-sifat yang amat aku benci. Nasha tu buat seolah-olah dia tak kenal UMNO. UMNO ni cakap saja memperjuangkan "Islam" dan "Melayu". Selama ini yang dok menzalimi orang Islam dan Melayu ialah UMNO le. Yang tak mahu melaksanakan HUKUM ALLAH SWT tu, UMNO le.
Sudahlah Nasha. Jangan sampai orang meluat melihat muka hang nanti. Jangan jadi macam UMNO. Cakap tak serupa bikin. Adakah hang ni betul-betul berkehendakkan perpaduan Islam atau perpaduan Melayu? Adakah hang takut Melayu hilang kuasa atau Islam yang hilang kuasa? Adakah hang suka ketidakadilan berlaku dalam masyarakat kita ni? Adakah hang suka kita dilihat sebagai Islam tapi tak melakukan keadilan? Adakah hang lupa bahawa kuasa itu datang dari Allah swt? Ikut suka Dia le, nak bagi kat siapa pun. Kalaulah dah orang Islam tak boleh melaksanakan keadilan, jadi kuasa itu diberi kepada orang bukan Islam yang mendahulukan keadilan. Awat orang bukan Islam tu bukan hamba Allah swt juga kah? Awat orang bukan Islam tak mungkinkah menjadi orang Islam pada suatu hari nanti? Awat Melayu saja yang pandai agamakah? Awat "Melayu" sajakah yang pandai memerintah?
Hang tolonglah jawab sebab setakat ni PM di Malaysia tak ada pun seorang PM yang Melayu Tulen?

Tanpa Nama berkata...

Biasa la tu..ini puak puak perpaduan
nak cari makanla tu...

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat bekas Timbalan Presiden Pas ini sengaja mencipta isu supaya ahli/pemimpin pas khasnya jadi sebok dengan hal remeh.

Tanpa Nama berkata...

Nasya keldai..

Tanpa Nama berkata...

PAS janganlah terlalu nak "berhemah" sangat menangani si din karat ni...BUANG DIA SAJA!!!!!!!!!!

[dah fed-up sgt ni!]

nak gelakkan najibpuaka tak ada telor, tapi pimpinan PAS pun apa kurangnya TAKUT SANGAT nak sack this IDIOT!!

Tanpa Nama berkata...

jangan dilayan ustaz nasha ni. dia tgh provoke minta disingkir dan dipecat oleh PAS supaya kelihatan seperti hero yg memperjuangkan Islam. Ingat Hasan Akidah? itula yg sebenarnya Umno mahu. Ini akan jd modal utk memburukkan PAS sekaligus menggugat peluang PR utk mng PRU.nak amik tindakan better lepas PRU. skrg kita main tarik tali dulu dgn dia.

tanda soal berkata...

baso mabuk dunio!

Tanpa Nama berkata...

Dah kena Nasi Kangkang najib jd macam tu la..

Tanpa Nama berkata...

APA DA NASYA..

Tanpa Nama berkata...

Mental y.b. Nasha saya rasa tak begitu sihat. Dia faham tak yang selama ini kuasa ditangan mahadhir dan konco umno menyebabkan sgala kaburukan telah berlaku sehingga hukum hudud tidak dapat dilaksanakan.KENA BAWAK mandi bunga ust nasa ni, bebal tak habis habis.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni biaq p kat dia dok merapu jgan layan dan jangan bagi dia jadi calon last sekali nanti jadi kera kongkang (duduk sorang2 sapa tak layan)

Osama berkata...

Rapatkan saf perjuangan skali pun ada biduk melantunkan ombak membadai pantai!
Aku optimis ustaz nasya akan di pecat!
Aku boleh brsabar krenah nasya ni cuma aku tak senang keadaan ini! Lebih baik pecat dia skarang sblum membarah dlm jamaah!
Majlis Syura', ambil tindakn segera! Usah gentar dgn nasya & puaknya! Keutuhan PAS bukan krna nasya seorang tpi krna penyokong & pendokong parti yg brsama istiqmah perjuangkan yg haq & menyingkirkan kebathilan!
Singkirkan nasya! Parasit UMNO @ Ulamak Muda Nomad Otak nya!