11 Okt 2012

Ahli Parlimen BN & PR Tolak Saman AES

Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata “Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.


8 ulasan:

paan berkata...

hairan...kenapa dah beli, dah pasang kamera dan dah laksanakan, kemudian baru nak bincang pasal ni..??duit tuk beli kamera dh dilaburkan...nampak ada pembaziran di situ...

FaizalRSD berkata...

kamera dah pasang,signboard dah letak bagitau ada kamera aes kat situ,tapi still ramai yang kena sebab apa?sebab pemandu kat malaysia ni yang takmau ubah perangai.

Pengguna berkata...



Kalau dah langgar lampu merah, memang lah semestinya kena saman. Patu agi saman maksimum yang mungkin. Tak nak sama ikutlah peraturan...

Hari-hari kita memandu dan dapat lihat berapa banyak kenderaan yang langgar lampu isyarat...

berapa banyak dah accident berlaku sebab orang tak berhenti bila lampu merah

Berapa ramai yang dak terbunuh percuma disebabkan kebodohan ini... kalau ikut hukum, itu boleh dikira kesalahan membunuh.

Tanpa Nama berkata...

Sekim cepat kaya alaf baru dapat menganiaya rakyat dengan mudah, mengkayakan yang sudah kaya dan mempapa yang sudah dhaif. Eloklah diperhalusi sebelum implementasi.

Tanpa Nama berkata...

Tak menganiaya kalau tujuan pelaksanaan untuk hukum mereka yang salah...agar undang-undang dipatuhi...agar kadar kemalangan/nyawa hilang /kecederaan kekal dan tak kekal dapat dikurangkan

Tapi ia dikira menganiaya kalau pelaksanaan projek ialah sambil menyelam minum air, untuk untungkan kroni

Tanpa Nama berkata...

orang yang sentiasa ikut peraturan tak kisah pun apa alat yang dipasanga asalkan jangan sampai menganiaya sudah le...(macam saman ekor )Malaysia ni salah satu dari negara yang paling banyak undang2/akhta, menandakan ramai rakyatnya perlu dibentuk melalui undang2. (self dicipline ) tak ada...tetapi yang menyedihkanya kurang penguatkuasaan maka akhta hanya tinggal akhta saja...kekadang buat sesuatu perkara itu ada kepentingan (contohnya utk bagi projek pada kroni )lepas tu rakyat "hentam"..maka jadilah iannya akhta "flip flop"....apa jadi pada "ITEMS" syarikat yg dipertanggunjawabkan utk membekalkan peralatan ITEMS tu dah kaya raya tetapi yang jadi mangsa pelajar..lepas tu mansuh...Cubalah buat sesuatu itu untuk keselesaan rakyat bukannya membebankan rakyat..Jangan Beri Ikan Tetapi Berilah Pancing....

Tanpa Nama berkata...

sememang pelaksanaan AES ini bukan bertujuan mendidik tetapi untuk mengaut keuntungan daripada duit rakyat.Cuba anda berfikir secara rasional,kenapa pelaksanaan ini diberi kpd 2 buah syarikat dan syarikat ini akan mendapat RM16 drp setiap saman.ini bererti kerajaan berniaga dan bukan untuk mendidik pengguna jalanraya.Apabila disebut syarikat tentulah matlamatnya ialah keuntungan.Dengan RM16 ini syarikat mampu memperoleh keuntungan yang berlipatganda dlm masa yang singkat.Secara tidak langsung saman kpd pengguna jalanraya ini telah diperniagakan oleh kerajaan yang korup.Kerajaan yang tidak mengambilkira kebajikan masyarakat.Bayangkanlah seorang yang bergaji RM2000 di bandar yg terpaksa mambayar perbagai belanja dan ditambah dgn saman oleh JPJ yang menjadi hamba kerajaan korup ini.Oleh itu berfikirlah rakyat MALAYSIA samada kekalkan kerajaan ini atau TUMBANGkan untuk kesejahteraan kita.Berilah peluang kpd pakatan memerintah utk sepenggal dan jika pakatan tidak mengotakan janji2nya kita buang dan pilih umno semula.Itulah sebaik cara berpolitik.

Tanpa Nama berkata...

Menteri MCA.. bg kat kroni MCA...