3 Sep 2012

Tiada Pasukan Khaskah Ditubuhkan Untuk Siasat Yang Kencing Macam Anjing Ini?






------------------------------------



Polis tubuh pasukan khas



KUALA LUMPUR 2 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini
. -petikan UM


PERSOALANNYA,
MENGAPA "DOUBLE-STANDARD"?





.. DAN SIAPA SEBENARNYA SELAMA INI
SEMAI POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU?


Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau

Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka.

Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:-

Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.







Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa ‘bendera baharu’ yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.

Berita ihsan UTUSAN, gambar sekadar hiasan dari sekitar Internet. -khalidsamad.com


15 ulasan:

wau78 berkata...

Kenapa pulak nak kena buat siasatan khas ? Siasatan Khas ni hanya untuk pemimpin kerajaan sahaja kalau dikencing pada pemimpin pembangkang tak payah siasat sebab itu normal. Jadi kalau nak SIASAT juga... kena la TUKAR !

Tanpa Nama berkata...

Anjing baka mana ni bro?? Ni dah ajaib blh gempar dunia Anjing blh bercakap!

Orang Sabah berkata...

Hoi ikut sedap mulut ja ko bercakap ah..ko tau ka dalam sistem demokrasi berparlimen memang kena ada kerajaan dan pembangkang! So hak dan kebajikan kedua pihak perlu dijaga..tengok cara ko komen ne ketara betul jenis orang yang otak korup, selfish & palui!!! itula terlampau banyak makan duit haram kooooot atau pun terlampau tengok pornografi tu la tahap pengetahuan am ko macam budak2

P/s: Sabah negeri termiskin?..biarlah Allah swt yang membalas perbuatan 'orang2' yang tidak amanah dan merompak kekayaan negeri Sabah..amin

Tanpa Nama berkata...

ada tak gambar pejuang akidah sedang berdakwah kat perempuan perkosa?

Tanpa Nama berkata...

Adoi...ada gambar pemimpin pada surat khabar di jadikan pembungkus nasi lemak,mamak bt bungkus roti canai tak pasal-pasal kena tindakan nanti..

Tanpa Nama berkata...

Ini anjing baka kacukan syaitan bro.. Kacukan UMNO dgn sekutunya memang hebat Bro..

Tanpa Nama berkata...

Lain plak gaya kencing anjing tu yek? pasukan khas utk pemimpin negara (taat setia) pada pemerintah.. bukannya pada pemimpin politik, mmg nampak agak kasar gayanya tapi kalau dah politik kebencian yg diamalkan.. ginilah jadinya.. P/s: Saya sayang Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Cepat la pilihanraya... tak sabar nak tukar kerajaan dah ni....

Unknown berkata...

Najib bangang dan penakut mcm mana nak bubar parlimen....

Andre Irwan berkata...

Tu lah aku dah kata. Kalau tak kena batang depa, depa bukan sedar.
la ni perogol pun dah boleh terlepas atas dasar ada masa depan. Aku berdoa lepas ni yang kena rogol tu anak betina atau bini depa, barulah depa rasa.
Holeh tak kita percaya akan kata-kata manusia yang pernah minum arak, bininya tak bertudung, .... bercakap tentang keadilan dan kebaikan. Piraah ... dah dasar mun afik, munafik juga. Cuba bukan mulut depa dan perhati betul-betul kat lidah depa, bercabang le .....

Tanpa Nama berkata...

Delay tu psl nak bg kesempatan pemimpin umnonok yg korup ni keluarkan duit haram sblm kena korek ngan kerajaan baru

Tanpa Nama berkata...

adakah ada pasukan khas siasat kes altantuya?????????????

Tanpa Nama berkata...

okay la tu..kata negara demokrasi.Kena kat umporno x leh kena ada siasatan khas tpi kena kat PR ok je x pyh siasat. Ni la demokrasi yg diajar oleh mamak mahathir kutty kerala pariah dog kah kah kah!!!!

Tanpa Nama berkata...

tunjuk punggung cepat tangkap tapi beberapa kali anwar diserang pejam mata

Tanpa Nama berkata...

KAMI PELAJAR IPT DAH KEMPEN IBUBAPA DAN KELUARGA TOLAK BN, BN TUMBANG PTPTN HAPUS